Ahad, 9 Julai 2017

Isi Karangan Prakarsa untuk Memupuk Semangat Patriotisme dalam Kalangan Pelajar di Negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Isi-isi bagi karangan bertajuk Prakarsa untuk Memupuk Semangat Patriotisme dalam Kalangan Pelajar di Negara Kita.

Pihak yang dituju: Para pelajar di Malaysia


Isi Pertama:
Dari segi politik
Pihak: Kerajaan
  • Mewajibkan semua pelajar IPTA dan IPTS mengambil subjek Sejarah dan wajib lulus sebagai syarat mendapat ijazah.
  • Menubuhkan persatuan sejarah di semua peringkat sama ada di sekolah, institusi pengajian tinggi, kolej dan sebagainya.
  • Pihak kerajaan melalui agensi yang berkaitan mestilah berusaha memperkasakan muzium di seluruh negara.


Isi Kedua:
Dari segi politik
Pihak: Pertubuhan swasta seperti Persatuan Sejarah Malaysia (PSM)
  • Menganjurkan pertandingan fotografi bertemakan sejarah tanah air, menganjurkan pertandingan menulis esei sejarah dan lain-lain pada peringkat sekolah.
  • Pihak bertanggungjawab wajar membina galeri-galeri yang mempamerkan fakta-fakta sejarah seperti gambar, barang-barang sejarah untuk dilihat dengan lebih dekat oleh golongan remaja.
  • Kempen kesedaran 'sejarah' dalam kalangan generasi muda wajar dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan berterusan.


Isi Ketiga:
Dari segi ekonomi
Pihak: Pertubuhan swasta dan media massa sepeti Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)
  • Menganjurkan sambutan Hari Kemerdekaan secara besar-besaran dengan lebih tumpuan kepada menimbulkan rasa kecintaan rakyat terhadap negara.
  • Menggalakkan penghasilan filem-filem bercorak patriotik seperti Bukit Kepong, Leftenan Adnan, Paloh dan sebagainya.
  • Menganjurkan pameran-pameran tentang sejarah kemerdekaan, darurat, campur tangan asing dan peperangan yang berlaku di negara kita.


Isi Keempat:
Dari segi sosial
Pihak: Sekolah
  • Menganjurkan kem jati diri yang mana pengisiannya mestilah bertumpu kepada usaha memberikan kesedaran kepada golongan remaja.
  • Memperkasakan pengajaran subjek Sejarah, Bahasa Melayu, Sivik dan Kewarganegaraan dan Geografi di sekolah.
  • Mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah seperti Kota A Famosa dan Bandar Hilir di Melaka.

Isi Kelima:
Dari segi sosial
Pihak: Ibu bapa
  • Mendidik anak-anak untuk bersyukur dan berasa bangga serta cinta akan negara.
  • Membawa anak-anak ke sambutan Hari Kemerdekaan.
  • Bercerita akan tentang sejarah perjuangan tokoh-tokoh negara dalam memerdekakan dan membangunkan negara seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Hang Tuah, Dato' Bahaman dan sebagainya.
  • Menyertai kempen-kempen berkaitan kemerdekaan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.
  • Membiasakan anak-anak menonton rancangan televisyen yang berkaitan dengan kemerdekaan.

Selasa, 2 Mei 2017

Jawapan bagi Peperiksaan Percubaan SPM 2016

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

JAWAPAN bagi PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016 [soalan 2]

MRSM
(b)  Petikan Prosa Moden
    - Ahmad Mutawakkil berfikiran bahawa orang Melayu tidak pandai bermusuh dan hati mereka penuh dengan persahabatan.
    - Pada pendapat saya, kita perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan terutamanya dari segi teknologi dan sains, mempertahankan perpaduan rakyat serta menghayati sejarah perjuangan tokoh-tokoh terdahulu bagi menyemai semangat dalam patriotrik. 
    - Kehidupan masyarakat yang saling menghormati sebagai contoh, walaupun Tuan Booth berbangsa Inggeris dia tetap bercampur gaul dengan masyarakat kampung di surau pada setiap petang. Kerjasama erat dalam masyarakat sebagai contoh, masyarakat kampung bekerjasama mencari dan menjejaki kehilangan Ahmad Mutawakkil.

(c) Petikan Prosa Tradisional
    - Rangkai kata menyuruh berlengkap bermaksud memerintahkan persiapan berperang
    - Sidi Arab berdiri di hadapan raja lalu menghalakan panahnya ke benua Siam. Beliau menarik panah sambil menyeru nama Cau Pandan agar mati.
    - Dua iktibar yang boleh dilakukan oleh seseorang pemerintah untuk mengelakkan negaranya terlibat dalam peperangan ialah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara jiran bagi memastikan hubungan baik terjalin serta mengamalkan prinsip keamanan antarabangsa.

(d) Syair
    - Rakyat menjadi gempar lalu lari bertempiaran.
    - Persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi musibah tersebut ialah pihak kerajaan menyediakan alat kawalan keselamatan di tempat yang berisiko menghadapi musibah dan menyediakan keperluan harian seperti makanan dan pakaian yang mencukup kepada bakal mangsa.
    - Raja Kembayat merupakan seorang raja yang adil kerana baginda memerintah dengan adil dan saksama. Baginda juga merupakan raja yang prihatin kerana baginda ambil kisah akan masalah rakyatnya.

PULAU PINANG
(b) Petikan Prosa Moden
    - Wanita tua itu memakai kain kapas yang nipis serta berstoking lusuh.
    - Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mengatasi masalah warga emas yang hidup gelandangan ialah memberikan pekerjaan yang sesuai dan mewujudkan tempat penginapan.
    - Kemiskinan warga emas, wanita tua itu mamakai pakaian kapas yang nipis, berkasut koyak serta berstoking lusuh dan menyara hidupnya dengan menjual makanan burung. Kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan, penulis membuat senarai nama barangan dan cenderamata yang akan dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia.

(c) Petikan Prosa Tradisional
    - Selalu bertelagah
    - Berlakunya perpecahan antara rakyat dengan sesetengah menyokong Paduka Raja manakala sesetengah lagi menyokong Seri Nara Diraja. Oleh yang demikian, Seri Nara Diraja dan Paduka Raja sering bermusuhan.
    - Kesan-kesan buruk kepada negara sekiranya pemimpin tidak muafakar ialah negara tidak akam, terdedah kepada ancaman luar dan berlakunya banyak penyelewengan.

(d) Gurindam
    - Maksud rangkap gurindam di atas ialah nama seseorang yang membuat jasa baik akan sentiasa disanjung.
    - Tiga alasan kenapa seseorang itu tidak boleh menggunakan bahasa kasar dalam pergaulan adalah untuk mengelakkan persengketaan, tidak menyinggung perasaan seseorang serta memupuk suasana harmoni dalam masyarakat.
    - Kita hendaklah berfikir secara rasional sebelum menuturkan kata-kata untuk mengelakkan salah faham. Kita mestilah rajin belajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

TERENGGANU
(b) Petikan Cerpen
    - Punca-punca bonda menghalang Mel untuk bermastautin di bandar ialah ilmu agamanya masih kurang dan bahasa ibundanya lemah.
    - Cara-cara untuk meningkatkan semangat jati diri remaja sekarang ialah dengan memperkukuhkan ilmu agama, penerapan nilai-nilai murni di sekolah dan pemantauan ibu bapa terhadap aktiviti anak-anak.
    - Kita hendaklah mempunyai bekalan ilmu yang mencukupi sebelum merantau agar kita tidak mudah diperdaya atau hanyut dengan arus pemodenan. Kita perlulah rajin membaca bahan bacaan yang sesuai untuk meningkatkan pengetahuan.

(c) Petikan Prosa Tradisional
    - Disaksikannya seorang penjahat meninggal dunia.
    - Laksamana menikam Kertala Sari lalu memaki dan memotong kemaluannya.
    - Kita perlu melakukan perancangan sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan supaya ia berjaya dilaksanakan, mempunyai kurang risiko dan dapat mengenalpasti masalah yang mungkin berlaku.

(d) Sajak
    - Kampus-kampus universiti pusat perkembangan pemikiran lalu menjelmakan perasaan ego yang boleh menghancurkan nilai pekerti.
    - Seseorang murid perlu bersedia dengan langkah-langkah yang sewajarnya ketika berada di menara gading supaya mampu bersaing dengan rakan-rakan yang sentiasa berusaha untuk menjadi pelajar terbaik, mengelakkan diri daripada pengaruh negatif rakan sebaya serta tidak hanyut di tempat baharu.
    - Harapan seorang bapa yang melepaskan anak gadisnya menuntut ilmu di menara gading untuk meluaskan pengalaman hidupnya dan sekali gus melatih anaknya menjadi lebih tabah, matang dan bijaksana. Kehidupan di kampus lebih mencabar berbanding di kampus. Banyak perkara negatif boleh berlaku sekiranya anaknya tidak dapat membezakan antara perkara baik dengan buruk.

SBP
(b) Petikan Prosa Moden
    - Insan beriman yang dianugerahi akal untuk berfikir secara rasional dan matang.
    - Insentif-insentif yang boleh dilakukan untuk mengembangkan potensi murid-murid cerdik ialah dengan menawarkan peluang untuk belajar di Kolej PERMATApintar UKM, memberikan biasiswa khas bagi menyambung pelajaran di universiti terkemuka dan memberi peluang kepada mereka untuk mendalami bidang ilmu yang diminati.
    - Bangga dengan identiti diri, Aiman Aqil bangga akan namanya kerana ia mempunyai makna yang baik. Sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain, Aiman menyindir adik-adiknya serta rakannya, Chee Keong yang lambat menyelesaikan tugasan Matematik.

(c) Petikan Prosa Tradisional
    - Melaporkan masalahnya.
    - Peringatan-peringatan yang diberikan oleh Tun Perak kepada Seri Amerta ialah menjaga pedang sebilah itu baik-baik, pedang itu jangan diberi berkarat dan jangan kemakanan matanya.
    - Tun Perak wajar menyuruh orang Kelang datang ke Melaka untuk berperang dengan membawa anak dan isteri mereka kerana mereka akan berlawan bersungguh-sungguh, berasa senang hati apabila anak dan isteri mereka berdekatan serta dapat menjaga keselamatan mereka.

(d) Puisi
    - Apabila sudah berasa kenyang diisi dengan makanan, maka mudah untuk melakukan kemungkaran.
    - Kita perlu menjaga tingkah laku agar disenangi oleh masyarakat, mendapat ramai kenalan dan disayangi oleh keluarga serta rakan-rakan.
    - Nilai kebijaksanaan, contohnya kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata. Nilai kesederhanaan, contohnya apabila menghadap rezeki.

JOHOR
(b) Petikan Cerpen
   - Keadaan Solehah tenat dan sedang koma.
   - Tindakan untuk menceriakan pesakit ialah memberikan kata-kata motivasi dan memberikan rawatan yang terbaik.
   - Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan sepuluh pek darah daripada hospital lain dengan segera setelah diberitahu bahawa bank darah di hospital sudah kehabisan agar lebih banyak nyawa dapat diselamatkan. Nusia meminta juruteknik makmal darah memberinya lima pek darah untuk menyelamatkan Solehah dan alHafiz kerana mereka amat diperlukan oleh ahli keluarga,agama dan negara.

(c) Petikan Prosa Tradisional
   - Perintah raja Melaka akan dipatuhi oleh Temenggung.
   - Pandangan Laksamana tentang penjurit itu ialah dia bukan sembarangan penjurit dan lebih bijak berbanding Laksamana.
   - Langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan masalah kecurian daripada berleluasa ialah mengadakan kawalan lebih ketat oleh pihak berkuasa dan memasang alat kawalan keselamatan di tempat-tempat berisiko/

(d) Sajak
   - Penyajak menyatakan bahawa dia sering berasa sunyi kerana anak-anaknya tidak datang menziarahinya pada usia yang sudah tua.
   - Segelintir anak-anak jarang-jarang menziarahi ibu bapa mereka kerana sibuk dengan pekerjaan masing-masing, tinggal jauh serta tidak mempunyai masa yang cukup.
   - Persoalan tanggungjawab anak kepada ibu bapa. Anak-anak bertanggungjawab menjaga ibu bapa mereka kelak. Bukan membiarkan mereka kesunyian lebih-lebih lagi pada usia tua mereka nanti.
     Persoalan tiada makhluk yang kekal selain Tuhan. Semua hidupan di dunia ini akan mati satu hari nanti yang kekal hanyalah Tuhan.

Ahad, 5 Mac 2017

Sambutan Hari Jadi

Assalamualaikum dan salam 28 Februari

Hari ni aku nak cakap pasal hari jadi aku. Sambutannya, lebih tepat.
Aku bukanlah seseorang yang suka mengucapkan 'selamat hari jadi' kepada orang. Aku tidak menganggap ia sebagai tugas dan tanggungjawabku, terutamanya apabila hari jadi itu kepunyaan orang dalam kelompok kawan. Lebih-lebih lagi, ucapan yang bukan secara langsung atau 'face to face'.

Jadi, apabila rakan-rakanku mengucapkannya di group Whatapps, aku berasa terharu. Ok cukup tentang sambutan itu. Aku sebenarnya ingin menceritakan tentang emak aku. Terharu kot dapat mak macam ni. Kawan-kawan mak aku pun menggelarkan dia sebagai ibu mithali. Kau tahu ibu mithali tu apa? Ibu mithali tu ibu contoh, yang terbaik dan sangat pemurah. Mak aku lah tu.

Biasalah, kalau hari jadi anak, para ibu akan membelikan kek dan menyambutnya dengan meriah. Mak aku pun macam tu. Jadi, kenapa aku terharu sangat? Sebab mak aku bukan macam mak-mak yang lain. Dia buat memang macam betul-betul dia nak buat. Kadang-kadang aku rasa macam baki hidup dia ni hanyalah untuk menggembirakan hati orang di sekelilingnya, termasuklah anak-anak. Jadi, berlakulah perkara yang agak lucu yang mana aku memberikan ceramah kepadanya agar mengutamakan diri sendiri dahulu. Kalau teruskan apa yang dia lakukan, aku takut dia kecewa. Bukan sebab orang lain, tapi sebab takut aku dan kakak aku ni tergolong dalam anak derhaka. Tak dapat khusnul khatimah. Uish aku berlindung dengan Allah daripada menjadi golongan rugi tu.

Maka, dia membelikan kek dan makanan yang sedap-sedap belaka untuk aku. Terima kasih mak!
Aku akan membuatkan kau bangga dan rasa tak sia-sia dapat anak macam aku.

MTP

Assalamualaikum dan salam 27 Februari

MTP. Majlis Tertinggi Pelajar. Aku dah pernah sentuh tentang ini dalam entri aku yang lain.
Aku tak faham cara berfikir sesetengah orang. Ye lah, mustahil untuk faham semua orang sebab masing-masing pun ada corak berfikir yang tersendiri.

Pada petang Isnin ni, tertulis 'PREP' pada jadual sekolah aku. Namun, ia diisi dengan perjumpaan MTP. Aku, berbekalkan alatan untuk menyiapkan tugasan pergi awal ke perjumpaan, 15 minit lebih awal. Sebenarnya bukan sengaja pun, kami memang perlu mengosongkan asrama sebelum waktu perjumpaan.

Janji manusia, haih. Aku pun manusia, dan pernah memungkiri janji. Sebab itulah aku elakkan beremosi pada sesuatu kerana takut aku juga akan melakukan perkara yang sama, melainkan pada perkara yang aku agak yakin bahawa prinsip aku tetap padanya.

Pejam celik pejam celik, tinggal kurang enam bulan lagi sebelum kami meletakkan jawatan sebagai pemimpin para pelajar. Aku mengira-ngira apa sumbanganku kepada para pelajar sebagai Naib Presiden 2?

Perasaan bercampur-baur saat aku diingatkan semula tentang hal peletakan jawatan bagai ni. Nampaknya aku perlu berusaha lebih lagi kerana ini mungkin menjadi peluang seumur hidup.

MPB

Assalamualaikum dan salam 24 Februari

Minggu ini merupakan minggu pulang bermalam. Tak tahu apa itu?
Ia adalah minggu yang menyeronokkan. Kerana kau boleh pulang ke mana-mana sahaja. Dah namanya pulang, jadi mestilah ke rumah bukan? Bermalam, bermakna kau boleh tidur di rumah. Ahh, rumahku syurgaku.

Namun begitu, aku memilih untuk tidak pulang. Kenapa? Sebab aku sudah banyak kali pulang ke rumah pada tahun pertama aku di sini. Tambahan pula, ini merupakan tahun terakhir aku. Bukanlah aku ingin meluangkan masa dengan manusia-manusia di sini, tetapi ia lebih kepada suasana Permata itu sendiri. Aku pasti akan merindukan suasana ini. Lagipun, aku tidak akan membuat perkara yang berfaedah di rumah. Masa di rumah kelihatan sekejap sahaja berbanding di Permata. Aku tidak yakin aku dapat menolak pengaruh-pengaruh negatif kat situ, seperti televisyen, sofa, katil dan peti sejuk. Ia menjadi negatif apabila disalahgunakan. 

Hari Jumaat, penghulu segala hari. Hari ini jugalah menjadi saksi kepada aku yang membuat perancangan bagi hujung mingguku.
Rancanglah masa lapang anda dengan perkara yang bermanfaat kerana syaitan sudahpun ada perancangan bagi anda.
Aku sering teringat akan ayat ini. Jadi, aku sentiasa merancang. Sama ada ia terjadi atau tak, itu perkara kedua. Tanpa perkara pertama ini, aku akan membazir masa.

Tahun Baru Cina

Assalamualaikum dan salam 23 Februari

Sambutan dimulakan dengan pembahagian kumpulan. Aku secara jujurnya menghadapi sedikit kesusahan pada awalnya. Aku tidak tahu kumpulanku dan ia menyusahkan ahli jawatankuasa 'explorace'. Aku rasa bersalah namun apakan daya, kerana kelembapan internet aku terlupa untuk menyemak senarai kumpulan yang telah diberikan di 'Whatapps'. Oleh kerana kelajuan internet yang tidak begitu memberangsangkan, aku membatalkan hasrat untuk menyemak dan terlupa mengenainya. Pada pagi itu, aku bersama sekumpulan pelajar yang lain, dengan 'tak tahu hala tuju' dicop di kepala, berjumpa dengan ahli jawatankuasa bagi menyelesaikan masalah ini. Akhirnya, kumpulan 12 menjadi keluarga sementaraku.

Tidak banyak beza dengan aturcara sambutan Tahun Baru Cina pada tahun-tahun sebelumnya, explorace ini mempunyai 8 stesen. Antaranya 'paper cutting', 'tongue twister', catur Cina, karaoke, kaligrafi, origami, pokok ceri dan melukis pokok buluh. Pada tahun ini, aku menulis chun yang bermaksud musim bunga dalam bahasa Cina. Aku cuba buat yang terbaik pada setiap stesen kerana ini merupakan sambutan Tahun Baru Cina terakhirku sebagai pelajar Kolej PERMATApintar UKM.

Jadi, sebenarnya apa yang ingin aku sampaikan ialah aku rasa hasil daripada stesen 'paper cutting', kaligrafi, pokok buluh dan origami, agak cantik. Pada pandangan akulah. Pada tahun ini juga, aku membuat origami ayam memandangkan tahun ini merupakan tahun ayam dalam kalendar Lunar.

Pada petangnya pula merupakan acara yang aku tunggu-tunggu iaitu majlis penutupan. Bukan apa, pada majlis penutupan inilah adanya cabutan bertuah, persembahan dan tayangan video. Seronok sekali apabila melihat kawan-kawanku berlakon dalam video tersebut. 

Sepanjang program pada hari ini, satu benda terngiang-ngiang dalam fikiranku 
Tahniah kawan. Usaha kau untuk menjayakan sambutan Tahun Baru Cina ini membuahkan hasil.
Program ini merupakan hasil kerjasama antara pelajar Asasi Pintar dan pelajar Kolej dengan bantuan guru. Minggu ini juga dikenali sebagai Minggu Sukantara. Kawanku yang terlibat untuk sambutan ini perlu membahagikan komitmennya. Tahniah, kawan.

Keyakinan

Assalamualaikum dan salam 17 Februari

Merentas Desa / Kampus
Merentas kampus terakhir bagi aku. (memang banyak perkataan terakhir dalam blog aku). Perkataan ini memupuk rasa bersyukur dan sekaligus menyebabkan aku menghargai saat-saat ini. Tidak seperti tahun sebelumnya, hampir dua minggu sebelum merentas kampus, aku bersama rakan-rakanku yang lain turun riadah pada setiap petang. Ye lah, untuk membiasakan tubuh badan. Aku agak yakin dan sangat mengharap untuk mendapat tempat 10 yang pertama bagi keseluruhan pelajar perempuan Tahap Satu dan Dua. Keyakinan yang tiba-tiba ada tu adalah disebabkan perasaan aku yang mengatakan tiada banyak persaingan hebat dan aku ni ada bakat yang terpendam. Ok, bukan bakat tetapi daya ketahanan. 

Betul ke telahan aku ini?

Aku ingin membuktikannya dan memilih jawapan 'ya' sebagai destinasi. Namun sayang seribu kali sayang, aku gagal. Ada beberapa faktor yang aku fikir muhasabah yang menjadi sebab-sebab kegagalan aku. Satu benda yang aku dapat daripada kegagalan ini ialah,
Jikalaulah faktor-faktor kegagalan itu tiada, adakah aku akan mendapat jawapan 'ya'?
 Apa sebabnya?
Tak perlulah tahu. Lagipun, aku sedang malas dan ngantuk tahap gaban untuk menaip papan kekunci ini. Aku tidak berpuas hati. Ya, tidak puas hati, dengan keputusan ini. Tapi, aku tetap bersyukur. Bersyukur itu penting, kawan-kawan.

Teruja

Assalamualaikum dan salam 16 Februari
(ha.ha.ha)

Aku teruja.
Begitu banyak perkara yang bukan kelaziman aku akan berlaku dalam masa yang terdekat ini. Program khidmat masyarakat, merentas desa, hari jadi aku (yeah), hari jadi ayah aku (yeah juga)., Hari Sukantara dan sambutan Tahun Baru Cina.

Untuk perkara yang pertama, aku cuba untuk tidak serabutkan pemikiranku dengan persiapan-persiapan yang perlu dilakukan. 
Untuk perkara yang kedua, aku cuba berusaha sedaya-upaya memandangkan tahun 2017 ialah tahun terakhir aku sebagai pelajar Kolej PERMATApintar UKM.
Untuk perkara yang ketiga, aku hampir lupa kerana dua perkara di atas.
Untuk perkara yang keempat, aku lupa. (ha...ha...ha...)
Untuk perkara yang kelima, aku mempersiapkan ketahanan mental dan fizikal serta suara. Dan juga alat-alat untuk rasa kurang bersalah kerana tidak banyak menyumbang kepada rumah sukan.
Untuk perkara yang keenam (terakhir), aku teruja untuknya. Sambutan terakhir 


Kelam-kabut

Assalamualaikum dan salam 15 Februari

Agak kelam-kabut hari ini. Hari ini merupakan Hari Kerjaya. Hari yang aku lambat maklum akan kewujudannya. Malam semalam yang seharusnya tenang, diganggu oleh komunikasi yang tidak efektif di antara ahli badan yang aku pimpini. Malam itu aku sedar, maksud aku, lebih sedar,
Jika meletakkan harapan pada manusia, nescaya kekecewaan akan datang.
Hari Kerjaya yang julung kalinya diadakan, dimeriahkan dengan kehadiran pelajar-pelajar dari beberapa buah sekolah. Yang aku ingat hanyalah SMAP Kajang kerana ia merupakan sekolah lama naqibah aku yang dahulu. Bercakap mengenainya, ada satu hadiah yang diberikan olehnya, yang sangat aku hargai. Ia ialah sebuah buku. Dalam Bahasa Inggeris pula tu. Tentang dokumentari pula tu. Kalau bukan disebabkan dialah, aku mungkin tidak akan pernah memulakan aktiviti membaca buku jenis ini.

Pada hari ini jugalah, aku belajar definisi 'resume'. Aku tak tahu 'resume' dalam Bahasa Melayu, maaflah ya. Aku juga belajar cara-cara untuk membuatnya. Pada petang tu pula, SEPATUTNYA aku melihat pameran 'booth-booth' di foyer auditorium. Namun, disebabkan acara yang lebih menarik yang akan berlaku, aku meluangkan masa untuk berbincang dengan AJK Latihan Dalam Kumpulan untuk program khidmat masyarakat di sebuah sekolah rendah pada Sabtu ini. 

Aku teruja, serius. Kerana dapat keluar dari Permata, keluar dari Selangor, berjumpa dengan adik-adik yang tak banyak dosa dan dapat pergi ke Cameron Highlands. Tak silap aku, ini merupakan kali ketiga aku pergi ke sana. Ia juga merupakan kali pertama aku ke sana tanpa keluarga. Rasanya, ia merupakan hal yang sama bagi majoriti kawan-kawanku.

Petang itu menyaksikan aku dan rakanku yang lambat pulang ke asrama menjadi 'sukarelawan' untuk mengemas tapak pameran 'booth'. Ikhlas fariha ikhlas. Ikhlas itu susah dicari.
Ia bagaikan semut hitam di atas batu hitam pada malam yang sangat kelam.

Penetapan

Assalamualaikum dan salam 14 Februari
(...)

Perubahan. Kelainan. 
Pernah satu ketika, guruku meminta kami untuk melukis sesuatu objek yang melambangkan diri masing-masing. Kami juga perlu membentangkan sebab-sebabnya. Maka, aku memilih air. 

Kenapa air? Air itu ada di mana-mana sahaja. Dalam udara, badan manusia dan di awan. Apa ciri-ciri air? Ia berbentuk cecair dan cecair tiada bentuk tetap, sentiasa berubah mengikut bekasnya. Air bagi aku, lembut tetapi tegas. Tak lah nak mengatakan aku ada ciri sedemikian tetapi itu merupakan sebab wujudnya kekagumanku terhadap air.

Acap kali aku memikirkannya. Aku sering berubah. Tak dak tetapan. Tak dak penetapan. Ia boleh menjadi kelebihan dan juga kekurangan aku. Aku senang terpengaruh dengan sesuatu pendapat atau ideologi apabila aku tiada tetapan dan prinsip. Apabila dihadiri suatu situasi, prinsip baharu sering muncul. Variasi situasi ini memaksa aku mencari prinsip hidup agar dapat bertindak dengan pantas.

Macam yang aku pernah katakan sebelum ini, aku bersyukur dilahirkan dalam suasana prinsip yang telah ditetapkan. Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga Islam dan mendapat pendidikan agama yang mencukupi. Rukun iman, itu adalah salah satu bentuk prinsip hidup. Tak perlulah aku mencari kebenaran, prinsip itu, sebab aku memang percaya pada agama aku yang satu ini.

Penetapan, aku kena fikirkannya dalam-dalam terlebih dahulu sebelum menetapkannya.

Isnin, 27 Februari 2017

Tanggungjawab

Assalamualaikum dan salam 13 Februari
(...)

13 Februari, cantik nombor tu. Pernah sekali guruku bertanya akan nombor kesukaan kami dan apabila tiba giliranku, aku menjawab 713. Hahahaha - ini reaksi orang lain. Bagi aku, taklah lucu sangat pun. 

Tanggungjawab. Amanah. Tugasan. Berat weh semua ni, bagi aku la,,, kadang-kadang. Kerja sekolah, kerja benda lain, semua yang kau boleh fikirkanlah -> semua ini tanggungjawab. Memang manusia lahir dengan kasih sayang (mengikut lagu sekolah aku), manusia juga lahir dengan tanggungjawab. Pernah belajar subjek Akhlak tak? Aku belajar subjek ni kat sekolah rendah agama. Tanggungjawab sebagai anak, hamba Allah, khalifah, kawan dan bermacam lagilah. Banyak tu nak buat. Tapi nak buat macam mana, kalau tak ada tanggungjawab, maka bagi aku, kau bukan manusia. 

Ucapan tahniah dan takziah diucapkan kepada aku setelah menjawat jawatan tinggi dalam MTP. MTP tu Majlis Perwakilan Pelajar. Ucapan itu benar-benar melempang aku untuk berpijak pada dunia realiti. Ada amanah yang besar diberikan kepada aku. Sebab itulah, aku perlu mencari dan membetulkan fikiran aku terlebih dahulu. Setelah itu, barulah aku boleh menyelaraskan tindakan berdasarkan fikiran. 

Macam mana kita tentukan sesuatu itu betul atau salah? 
Aku sangat bersyukur dilahirkan dalam keluarga Islam. Setidaknya aku tahu bahawa ajaran Islam, Allah dan Nabi Muhammad SAW menjadi prioriti dalam ketentuan 'benar atau tidak' dalam hidup aku. Ia juga menjadi panduan dalam mencipta prinsip hidup. Memang tak boleh dinafikan lagilah, benda-benda ni lah yang benar lagi sahih.

Selain daripada itu, aku tak dapat tentukan. Konflik dalam diri. Nasib baik Islam ni merangkumi seluruh perbuatan manusia, bukan setakat ibadah sahaja. Amanah, tugasan. Benda ni mengeluarkan aku daripada zon selesa aku. Baguslah, boleh la aku memperluaskan lagi zon tu. Masa untuk menakluk 'daerah-daerah' lain, Fariha.

Persediaan

Assalamualaikum dan salam 10 Februari.
(...)

Lagi sekali, jurnal tertunggak. Tak mengapalah, aku tak ingat apa yang telah terjadi pada hari bertarikh seperti di atas (memang lah kan...) Maka, aku mengambil inisiatif untuk menulis apa yang telah berlaku beberapa hari sejak kebelakangan ini.

Persediaan. Biasalah kan, bila kau membayangkan suatu situasi yang tak pernah dialami,,, apa yang kau akan lakukan dalam situasi tersebut, seolah-olah kau merancangkan pergerakan kau. Sebenarnya, bacalah ayat tadi dengan menggantikan 'kau' dengan 'aku'. Aku sedang bercakap kepada diriku sebagai pihak ketiga. Kecewa bukan kepalang apabila tibanya saat situasi itu berlaku, aku tidak melakukan apa yang telah dirancang. Aku gagal. Aku gagal menghadapi situasi itu apabila ia benar-benar berlaku.

Sudah berkali-kali aku memasang niat lalu membetulkannya lalu tersasar lalu membetulkannya semula. Alhamdulillah, aku sedar yang aku tersasar. Tapi... tu lah, aku bertindak bukan seperti otak arahkan. Nasib baik masih dalam lingkungan tindakan itu, tak lah tersasar jauh sangat. Masih dalam kawasan Asia Tenggara (humor aku, sila memahami). 

Mak kau Fariha, kenapa mengapa anda melakukan tindakan sedemikian? Tak tahukah anda bahawa ia tidak mengundang apa-apa? Jika ya pun, perkara negatif yang akan anda dapat. Tak ada manfaat! Tak ada faedah! USELESS.

Jadi, kawallah fikiran kau, cara berfikir, apa yang difikirkan. Nescaya, aku dapat elak daripada perasaan menyesal akan perbuatan diri. 

Bangkit Fariha, bangkit! Berfikir sebelum bertindak. Ada banyak pagar kat mulut tu, maka ikutlah jalan yang betul, jangan panjat pagar. 

Ahad, 26 Februari 2017

Latihan Peribahasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jawapan Latihan Peribahasa

Latihan 1

  1. bagaikan kera mendapat bunga - Memberikan sesuatu kepada orang yang tidak tahu menggunakannya -  Adik bagaikan kera mendapat bunga apabila dihadiahkan sebuah kalkulator.
  2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit - Seorang yang melakukan kesalahan, semuanya terlibat sama - Satu kelas dihukum apabila Amir lewat ke kelas kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.
  3. burung terbang dipipiskan lada - Belum tentu lagi diperoleh sesuatu, sudah direka-reka akan gunanya - Pak Samad seperti burung terbang dipipiskan lada menunggu hasil tanamannya pada hujung bulan ini. 
  4. menegakkan benang yang basah - Cuba menegakkan sesuatu yang mustahil. Cuba mempertahankan hal yang tidak benar - Penjenayah itu cuba menegakkan benang yang basah di muka keadilan.
  5. bagaikan telur dihujung tanduk - Keadaan yang sangat genting, menunggu masa untuk musnah - Puan Aminah bagaikan telur dihujung tanduk kerana beliau boleh dipecat pada bila-bila masa sahaja.
  6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya - Tidak hilang darjat atau pangkat seseorang apabila merendah diri - Kejadian ulama Mesir mencuci tandas sangat mengharukan bak kata pepatah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
  7. bagaikan tikus jatuh di kepuk - Mendapat keuntungan yang banyak secara tiba-tiba - Mei Mei bagaikan tikus jatuh di kepuk setelah berkahwin dengan anak jutawan tersebut,
  8. matinya semut kerana gula - Mendapat kesusahan kerana tamak harta - Datuk Yasser diberkas oleh pihak polis setelah kegiatan rasuahnya terbongkar bak kata pepatah matinya semut kerana gula.
  9. air dicincang tidak akan putus - Pergaduhan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan - Ali dan Aliah berbaik semula setelah tidak saling bercakap selama sehari kerana air dicincang tidak akan putus.
  10. bagaikan embun di hujung rumput - Kasih sayang tidak akan berkekalan - Cinta Encik Abdullah kepada isterinya bagaikan embun di hujung rumput kerana tidak sampai lima tahun perkahwinan, mereka sudah bercerai.
Latihan 2
  1. seperti mendukung biawak hidup - Pekerjaan mengelap tingkap pencakar langit seperti mendukung biawak hidup- Membuat pekerjaan yang sukar dan berbahaya
  2. sudah jatuh ditimpa tangga - Ahmad bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila syarikatnya muflis setelah kehilangan ibunya- Kesusahan yang bertimpa-timpa
  3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan - Sikap Fatimah bagaikan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan kerana membeli cenderamat untuk rakan-rakannya tetapi tidak untuk ibunya. - Mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri
  4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak - Athirah seperti ditelan mati emak, dibuang mati bapak apabila perlu memilih sama ada untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupunya atau rakannya.  - Dalam keadaan serba salah
  5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah - Calon pilihanraya itu beramah mesra untuk meraih undian kerana kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah - Berbuat baik kerana suatu sebab yang tersembunyi
  6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang - Jangan terlalu boros membeli belah bagaikan anjing dengan bayang-bayang - Orang yang tamak akan rugi
  7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina - Banafsya tahu tujuan Eileen memberikannya hadiah kerana sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina. - Telah tahu keadaan yang sebenar walaupun hanya melihat pada luaran sahaja
  8. genggam bara api biar sampai menjadi arang - Ayah cuba membina reban ayam bak kata pepatah genggam bara api biar sampai menjadi arang. - Membuat kerja dengan bersungguh-sungguh sehingga membuahkan hasil
  9. bagai mencurah air ke daun keladi - Nasihat emak bagai mencurah air ke daun keladi kerana ayah masih tetap merokok. - Melakukan sesuatu yang sia-sia
  10. kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak - Sifat Farhan yang kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak menyakitkan hati orang ramai. - Kesalahan orang lain nampak, kesalahan diri sendiri tidak nampak
Latihan 3
  1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi - Warga asing di Kuala Lumpur bagaikan lalat mengharung najis untuk mencari sesuap nasi. - Di mana ada punca rezeki, di situlah orang akan berkumpul
  2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan - Kuching semakin membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan setelah tampuk pentadbiran bertukar tangan. - Pembangunan yang tumbuh dengan pesat
  3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain - Pelajar yang mengalami masalah pembelajaran itu tetap gigih menuntut ilmu kerana ehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain. - Usaha yang berterusan membuahkan hasil
  4. seperti pelanduk dua serupa - Walaupun tiada pertalian darah, Fatiha dan Syahirah seperti pelanduk dua serupa. - Mempunyai wajah yang serupa
  5. melentur buluh biarlah dari rebungnya - Sikap cintakan ilmu perlulah ditanam dalam hati kanak-kanak kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. - Mendidik anak sejak kecil
  6. seperti ular kena palu - Saya panas hati melihat barisan untuk membeli nasi lemak seperti ular kena palu - Barisan yang bengkang-bengkok-
  7. mati semut kerana gula - Datuk Yasser diberkas oleh pihak polis setelah kegiatan rasuahnya terbongkar bak kata pepatah matinya semut kerana gula. - Mendapat kesusahan kerana tamak harta
  8. bagai mendapat durian runtuh - Azmir bagai mendapat durian runtuh setelah memenangi cabutan bertuah di pertandingan itu. - Mendapat keuntungan yang banyak
  9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain - Fariha dan Izzati umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain kerana mereka memilih kerjaya yang bertentangan. - Dua orang yang rapat tetapi mempunyai cita-cita yang berbeza
  10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan - Janganlah kita mudah percaya dengan khabar angin yang tidak pasti bak kata pepatah mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan. - Membuang/meninggalkan perkara yang sudah ada setelah mengetahui keuntungan yang tidak pasti
Latihan 4
  1. Ada udang di sebalik batu
  2. Biduk berlalu kiambang bertaut
  3. Bagai itik pulang petang
  4. Meriam buluh
  5. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang tidak boleh ditutup
  6. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
  7. Belakang parang kalau diasah nescaya tajam
  8. Kalau kail panjang sejengkal, laut usah diduga
  9. Bagai ikan pulang ke lubuk
  10. Bagai mencurah air ke daun keladi

Latihan Kesalahan Ejaan dan Penggunaan Imbuhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Memandangkan aku dah pernah buat jawapan bagi 20 soalan yang pertama, jadi ini ialah jawapan bagi soalan ke-21 dan seterusnya.

Jawapan Latihan Kesalahan Ejaan dan Penggunaan Imbuhan

21. Kanak-kanak itu bertepuk tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena sambutan kemerdekaan tanah air selesai. 
22. Selepas upacara perasmian dewan, pegawai daerah itu dibawa melawat ke bilik seminar. 
23. Pendidikan prasekolah dikenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6 tahun bagi tujuan mendedahkan mereka kepada persekitaran sosial. 
24. Atlet yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya memenangi pingat dalam acara yang disertai. 
25. Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa terperangkap dalam kesesakan jalan raya terutama pada waktu puncak. 
26. Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal diadakan berikutan kematian ahli parlimennya pada awal minggu lepas. 
27. Kami singgah di Restoran Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masakan tradisional Melayu pada minggu yang lalu. 
28. Lima orang lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pihak polis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh. 
29. Kelayakan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin melibatkan  diri dalam lapangan perniagaan. 
30. Majlis pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besaran di sebuah hotel terkemuka di ibu kota. 
31. Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang melakukan pembakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin meruncing. 
32. Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasakan undang-undang dari semasa ke semasa untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan. 
33. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga maruah keluarga dengan menghindarkan diri daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga. 
34. Penduduk Kampung Permai sedang bergotong-royong untuk memperlebar jalan kerana bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah. 
35. Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah diadakan sempena hari keputeraan baginda yang ke-52 tahun. 
36. Mereka menyesali sikap pihak kontraktor yang tidak dapat menyiapkan projek perumahan tersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butir perjanjian. 
37. Untuk memastikan komputer sentiasa selamat sama ada daripada serangan virus atau daripada penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh pembekal. 
38. “Saya mempunyai kakitangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan termasuk perkhidmatan menggunting rambut,” katanya dengan ramah. 
39. Dalam perhimpunan raksasa itu, Perdana Menteri telah menasihati rakyat supaya sentiasa bersatu-padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin sekian lama. 
40. Untuk membanteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan mestilah memperbesar pasukan anggota polis dengan menambahkan bilangan anggotanya. 
41. Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-51 itu, pelbagai acara telah dirancangkan termasuk acara boria yang akan dipersembahkan oleh peserta dari negeri Pulau Pinang. 
42. Semua agensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalankan kajian bagi mencari punca sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari yang lalu. 
43. Kerajaan menggubal sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara dengan mengambil kira masa depan sektor pertanian supaya sektor berkenaan dapat diurus dengan lebih efisien. 
44. Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesen bas ekspres telah diperkenalkan bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan di negara kita. 
45. Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahi ibu kita dengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesarkan kita sehingga dewasa. 
46. Kementerian Pelajaran mendapati bahawa pelaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang timbul. 
47. Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemukan pusara lama berusia 3000 tahun di pinggir sungai itu telah merebak ke seluruh negara.

Latihan Pemenggalan Ayat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jawapan Latihan Pemenggalan Ayat


  1. Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan yang berpunca daripada kegiatan manusia yang berburu sesuka hati mereka dan kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran dan penyelidikan terhadap hidupan liar.
  2. Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang direka untuk memberikan manfaat kepada manusia dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula lalu pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat namun malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut dan menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan. 
  3. Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen yang disiarkan oleh RTM dan TV3. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat yang membimbangkan ibu bapa kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik dan buruk.
  4. Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer untuk para pelajar di negara ini. Langkah Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu bapa kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan yang begitu ketara sekali di sekolah luar bandar. Banyak pihak berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer serta dapat menarik minat pelajar mendalami bidang komputer juga.
  5. Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku yang tergolong dalam jenis novel kanak-kanak dan dikarang oleh Darulsalam yang juga merupakan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya yang bercuti ke Pulau Sayak. Mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari namun nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.
  6. Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat sejak beberapa tahun yang lalu. manakala kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan. Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini untuk mencari rezeki. Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan tetapi dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing.
  7. Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius yang mencemaskan manusia di seluruh dunia. Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia iaitu dengan memperlakukan bumi sewenang-wenangnya untuk mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil seperti peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.  

Latihan Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

Assalamualaikum dan salam sukantara

Jawapan Latihan Cakap Ajuk dan Cakap Pindah


  1. Salleh bertanya kepada Ani akan rancangannya untuk mendaki gunung yang pernah Ani beritahunya tempoh hari. Ani menjelaskan bahawa ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. Salleh pun membalas dengan bersetuju serta menyokong rancangannya itu. Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.
  2. Ani mengatakan kepada Tuk Yahya bahawa dia tinggal sebatang kara. Tuk Yahya melarang Ani untuk tinggal di rumahnya lagi kerana ia berbahaya. Ani berulang kali menyebut yang dia keseorangan. Setelah itu, barulah dia menjelaskan bahawa atuknya sudah meninggal dunia akibat rumahnya yang telah dibom. Ani juga menyatakan hasrat untuk tidak lagi tinggal di rumah itu. Tuk Yahya memujuknya dengan mengatakan bahawa Ani masih mempunyai Tuk Yahya dan Comot sebagai peneman.
  3. Nizam bertanyakan Salim sebab mukanya yang murung. Salim memberitahu bahawa Cikgu Khairul bertanyakannya tentang yuran peperiksaan yang masih belum dibayar pada pagi tadi. Nizam pun bertanya dengan perasaan hairan akan duit biasiswa yang telah diterima oleh Salim. Salim lalu menjelaskan bahawa duit biasiswa itu dia gunakan untuk perbelanjaan rawatan abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini. Nizam mencadangkan supaya Salim bertemu dengan Cikgu Khairul dan menjelaskan perkara yang sebenarnya. Salim berasa ragu-ragu dan risau disebabkan perwatakan Cikgu Khairul yang sangat garang.
  4. Mawi berasa kagum dengan keenakan mi yang dimakannya lalu menanyakan nama mi tersebut kepada Felix. Felix menjawab mi pedas. Mawi yang bersetuju dengan rasanya yang pedas, bertanya lagi sekali akan namanya. Felix menegaskan lagi bahawa namanya ialah Mi Pedas dengan menyebut sumbernya iaitu Si Dolah. Mawi lalu meneka tujuan Felix masuk ke kedai itu adalah untuk makan Mi Pedas. Felix pun mengiyakan tekaan Mawi dan menyatakan hasrat untuk membelanjanya kerana janji yang pernah dibuat.
  5. Norhayati bertanya Norasyikin akan sebab ketidakhadirannya ke sekolah semalam. Norasyikin lalu membalas dengan meminta maaf dan memberitahu bahawa dia memunyai urusan di rumah. Norhayati menggesa Norasyikin untuk menceritakan hal yang sebenarnya dan menyatakan kesanggupannya untuk tanggung kesusahan Norasyikin bersama-sama. Tambahnya lagi, dia dan Norasyikin sudah lama berkawan. Norasyikin pun menjelaskan yang ibunya sakit.

Latihan 1

Kamariah: Negara Malaysia kita ini memang mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Samad: Tambahan pula, pantai-pantai di Malaysia bersih dan hutan semula jadinya pula indah.
Aziz: Aneh apabila ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah, bukan? 
Kamariah: Ya, betul itu.
Samad: Saya rasa mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri.
Aziz: Benar itu. Saya pun berpendapat sedemikian.
Kamariah: Saya sarankan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka.
Samad: Bukan itu sahaja, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri.
Kamariah dan Aziz: Betul itu.

Latihan 2
Mak Limah: Ke mana abang nak keluar dalam keadaan tergesa-gesa tu?
Pak Usop: Abang hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Limah: Saya rasa lebih baik abang makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja. Saya takut abang kelaparan pula.
Pak Usop:  Limah, saya nak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu.
Mak Limah: Bagaimana abang hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya berhenti kerja?
Pak Usop: Saya fikir hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.
         

Latihan Tatabahasa dan Istilah

Assalamualaikum dan salam hari jadi aku.
21 Februari, tarikh hari lahir aku.

Jawapan Latihan Tatabahasa dan Istilah

  1. “Apakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan memasak yang dianjurkan di hotel tersebut. 
  2. Bapa saudaranya memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dimasak.
  3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sama, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.
  4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah atas tuduhan menggelapkan wang syarikat tersebut.
  5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjelajah ke seluruh negeri Melaka yang dianjurkan oleh syarikat itu.
  6. Beribu-ribu ayam ternakan dibunuh oleh kerajaan Mexico akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu. 
  7. Semua mangsa tsunami dipindahkan kami ke pusat petempatan sementara sebaik sahaja menerima arahan daripada pihak berkuasa. 
  8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kualiti. 
  9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Muzammil bersetuju untuk menandatangani surat perjanjian tersebut. 
  10. Buku itu telah saya hantar kepada penerimanya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.
  11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal yang lain dan seterusnya menamatkan mesyuarat tersebut. 
  12. Pada masa ini, masalah penggunaan dadah dalam kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil. 
  13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik pulih bagi menarik kedatangan pelancong ke negara kita. 
  14. Pemilik kilang yang masih berdegil untuk membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitamkan supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain. 
  15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling memotong tanpa memikirkan tahap keselamatan diri mereka sendiri. 
  16. Ayah sangat menggemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang disaluti tepung itu. 
  17. Berdasarkan daripada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya diberkas dan didakwa di muka perbicaraan. 
  18. Peminat bola sepak itu sedang berbincang tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah pasukan bola sepak dari luar negara. 
  19. Mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan geseran biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal. 
  20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat segerombolan sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada di ibu negara berkenaan. 
  21. Salah seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua buah tayar kereta yang dipandunya meletup. 
  22. Setiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada tidur dan mengajak kami beriadah di taman yang berhampiran. 
  23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi taklimat kepada kami tentang perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai ke situ. 
  24. Mereka menempuh pelbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kemalangan. 
  25. Kami amat terkejut apabila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digilis kereta api di kawasan landasan itu. 
  26. Terdapat beribu-ribu ekor rusa telah diternak di kawasan ternakan Pulau Kerdas. 
  27. Pekerja yang mengambil cuti itu menurunkan tandatangan pada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya. 
  28. Ibu menghadiahi kakak sebuah telefon bimbit kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. 
  29. Sesetengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal menjaringkan gol. 
  30. Penyelidik di hospital itu telah mengemukakan sebuah cadangan bagi membendung wabak selsema burung daripada tersebar kepada orang ramai. 
  31. Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal. -
  32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari semasa ke semasa agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijajah lagi. 
  33. Rakyat diseru membeli barangan tempatan untuk mengurangkan pertukaran wang ke luar negara. 
  34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bertaruh nyawa demi mempertahankan tanah air kita daripada ancaman musuh. 
  35. Kebanyakan peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang bengkang-bengkok sebelum tiba ke garisan penamat. 
  36. Para peserta yang menyertai pertandingan memasak tersebut akan disediakan dengan beberapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu. 
  37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos rendah yang sedang terbengkalai. 
  38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kegagalan perumahan itu adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit. 
  39. Nama jolokan artis yang terkenal itu ialah Mawi. 
  40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dilakukan, namun perbuatan jahatnya itu terbongkar juga. 
  41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan yang sewajarnya kepada orang ramai. 
  42. Tepak sirih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah diserahkan kepada pihak pengantin perempuan. 
  43. Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu tunjukkan adalah benar setelah melihat sijil asal yang dikemukakan. 
  44. Jabatan Perhilitan akan menjalankan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu tahun setengah.
  45. Para budayawan mestilah memerah otak untuk bersama-sama memikir dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita. 
  46. Sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan perkhidmatan pos segera. 
  47. Hal ini demikian kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempoh yang singkat. 
  48. Sehubungan dengan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan yang bakal dibuat pada minggu hadapan. 
  49. Tumpuan kini ialah ke arah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke masa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki. 
  50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk mempertingkatkan mutu barangan keluaran mereka. 

Ahad, 12 Februari 2017

Kesalahan

Assalamualaikum dan salam 8 Februari
(...)

Kesedihan, ia hadir pabila kau membuat suatu kesalahan. Kesedihan yang berasal daripada kekecewaan. Kecewa dengan diri sendiri, kerana mengundang tetamu yang tidak disukai.  Aku kecewa dengan diri kerana membiarkan sesuatu perkara berlaku. Padahal, sudah sekian lamanya aku mempersiapkan diri untuk menghadapi saat-saat dugaan. Benarlah, lain pula jadinya apabila situasi itu benar-benar berlaku.

Salah satu prinsip aku ialah bercakap dengan tujuan. Tak spesifik pun tidak mengapa, asalkan bercakap dengan sesuatu tujuan. Sudah lama aku perasan dengan satu ciri diri aku ni iaitu aku tak gemar dengan perbualan remeh-temeh. Jikalau aku berbual mengenainya, samada aku mengabaikan prinsip aku atau aku ingin melunaskan sesuatu tujuan. 

Pada malam itu, aku mengabaikannya dek terperangkap dengan situasi dan kata-kata orang. Mereka menolakku, untuk berkata hal yang aku tidak berniat pun untuk mengutarakannya. Hasilnya, percakapan aku berterabur. Kedengaran panjang tetapi jika diteliti, kurang inputnya. (Sekali lagi, aku menggunakan Google Translate) Aku akan membenci si pencakap iaitu aku, jika aku menjadi pendengar. Hampir 30 minit kau tahu, aku mengambil masa mereka. Aku kecewa kerana jikalaulah aku bukan aku, aku akan memandang remeh terhadap aku. 

Aku tidak kisah tidak disukai kerana mengutarakan perkara yang aku fikir benar. Malam itu, aku membuat suatu kesalahan. Aku tahu aku salah dan aku menyesal akannya. Bukanlah salah mereka sepenuhnya. Salah aku juga kerana membiarkannya. Kau tahu, aku percaya manusia sentiasa ada pilihan. Samada membiarkan perkara negatif mempengaruhi diri atau tidak. Samada ditindas atau tidak. Samada berjaya atau tidak. 
Jika kau sudah berusaha seupayanya, barulah kau boleh mengangkat kesalahan itu daripada bahu kau.
Namun begitu, Alhamdulillah, Allah tak tarik nikmat yang lain. Nikmat yang terlalu banyak. Yang menolak aku untuk terus rasa bersyukur.
Janganlah berkata sesuatu yang diri sendiri tidak maksudkannya. Kata-kata itu doa.
Aku cuba untuk menepati ayat di atas. Dalam kebanyakan perbualan seharian, aku elakkan berkata sesuatu yang aku tak maksudkan, kerana aku percaya apa yang kau katakan, itulah yang akan terjadi. In shaa allah.

Sabtu, 11 Februari 2017

Pencapaian Akademik

Assalamualaikum dan salam 7 Februari 
(dan lagi...)

Sebenarnya, 5 Februari yang lepas merupakan hari jadi emakku. Jadi, SELAMAT HARI JADI MAK~! Semoga dimurahkan rezeki, diredhai Allah dan gembira selalu. 

Dalam jadual hari Selasa, aku ada slot perjumpaan bersama mentor akademik iaitu cikgu subjek Bahasa Melayu. Beliaulah punca blog ini tercipta. Saja nak beritahu, yang aku taip pos kali ni sambil mendengar soundtrack Pirates of The Carribean. (Serius, Google Translate menunjukkan aku perkataan soundtrack. Mungkin tak ada perkataan khusus baginya kot) Aku taklah minat sangat filem ini sehinggakan aku tahu butirannya. Bahkan, jalan ceritanya pun tunggan-langgang dalam fikiran aku. Cuma, aku suka akan soundtracknya. 

Satu benda yang aku suka akan tugasan untuk tidak mencampur-adukkan Bahasa Melayu dengan bahasa lain dalam blog ini ialah aku dapat tahu dan sebenarnya menggunakan istilah-istilah Bahasa Melayu yang sering aku gantikan dengan Bahasa Inggeris dalam perbualan seharian. Bila nak tak tahu atau TERlupa sesuatu istilah dalam Bahasa Melayu, Google Translate lah rujukan utama kerana ia paling cepat dan pantas.

Akademik.
Dunia aku dihiasi dengan pencapaian akademik aku. Sejak tadika hinggalah sekarang. Sudah tentulah, zaman dulu lebih gemilang dari yang sekarang. Kini, silibus pembelajaran lebih rumit dan mendalam. Aku juga bertemu dengan pesaing-pesaing yang latar belakangnya lebih hebat daripadaku di sini. Tambahan pula, status aku sekarang ialah remaja. Begitu banyak anasir-anasir jahat yang serba-sedikit dapat mempengaruhi aku. Hasilnya, aku lebih terganggu dengan perkara-perkara tak berfaedah, lebih malas dan malas dan malas. 

Aku tak mahu hilang salah satu benda yang boleh dibanggakan dalam buku hidup aku ni. Aku bukanlah seorang yang boleh diharapkan dalam bidang sukan atau pun seni. Seseorang pernah bertanya kepadaku, 'Seronok tak jadi pandai ni?' Maka, aku menjawab
Mestilah. Kau rasa puas setelah hampir seluruh hidup kau didekasikan untuk sesuatu yang akhirnya membuahkan hasil. Kau rasa puas.
Setiap orang boleh memilih untuk mahir dalam bidang sukan atau seni atau apa-apa kemahiran lain. Mereka boleh mendaftar untuk sesuatu kelas atau tidak. Oleh itu, kebanyakan orang yang mengambil 'kemahiran tambahan' ini dianggap minat akannya. Namun, ia tidak begitu halnya dengan belajar akademik. Aku tak pasti istilah apa yang sesuai untuk menjelaskannya. Sebab itulah ada pelajar yang belajar seolah-olah kerana terpaksa, kerana tiada pilihan.

Aku cuba belajar kerana belajar itu sendiri. Aku mencari keseronokkan dalam mempelajari subjek-subjek yang begitu banyak di sekolah. Pencapaian akademik, aku tak nak hilang akannya. Ia hanya boleh hilang apabila aku mengkehendakinya. Namun, aku bukanlah Tuhan. Aku bukanlah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Aku kena redha dengan apa sahaja yang Allah dah aturkan. Cuma aku percaya aku boleh mengubah dengan usaha.

Jadi, apabila aku gagal kerana tak cukup usaha, kerana malas, aku akan jadi sangat tertekan. Sebab apa? Sebab aku tahu aku salah dan aku sendiri mengundang tetamu yang tidak disukai. Ada satu tahap dalam hidup aku, yang aku rasa sangat tertekan sebab AKU KENA BUAT APA YANG AKU PERLU BUAT. Bila tak ingat Allah, ni lah jadinya. Obses dengan keputusan akademik sehinggakan proses pembelajaran disekalikan perkara negatif.

Alhamdulillah, aku dah taklah teruk sangat sekarang. Alhamdulillah juga Allah menakdirkan aku untuk melalui fasa itu. Ia memberi motivasi kepadaku dan penolak serta peringatan setiap kali aku malas. Ia juga memperkenalkan kepadaku sempadan yang tidak sepatutnya dilintasi lagi.

Muzik

Assalamualaikum dan salam Isnin, 6 Februari
(tertunggak... lagi)

Pada hari ini, telefon kesayanganku (tak sangat pun, saja hiperbola sikit) diambil oleh guru kelasku yang berdedikasi. (ini ikhlas, bukan sarkastik)

Aku nak cakap pasal muzik. Sekarang ni pun aku sedang mendengar orkestra Pirates of the Carribean sambil menaip dengan menggunakan fon kepala. Fuh memang terbaik lah dengar menggunakan fon kepala. Ia 'menghalang' bunyi-bunyi bising dan tidak diundang daripada berlegar dalam kepalaku. Aku pernah belajar bermain alat muzik. Aku masih ingat lagi, kata 'alat muzik' itu muncul dalam kamus hidupku setelah terpengaruh dengan drama Cina, tak silap aku, yang mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang bermain alat muzik. Drama itu berkisar tentang liku-liku kehidupan sebagai pelajar jurusan muzik.

Oleh yang demikian, isu muzik ini pernah menjadi bualan di dalam kereta. Emakku berkata
Adik, along, kalau dapat main alat muzik, nak yang mana?
Aku tanpa teragak-agak menjawab piano. Ini disebabkan watak utama dalam drama itu main piano. Cantik, hebat, indah, semuanyalah bila aku tengok dia main walaupun kemungkinan dia hanya main olok-olok je. Akak aku, yang ketika itu lebih matang daripadaku, menjawab gitar. Tung teng tung teng, hari demi hari, emakku mengejutkan kami dengan khabar gembira. Dia mendaftarkan kami untuk kelas muzik! Gembira bukan main kepalang aku. Dengan syoknya, aku belajar untuk julung kalinya di kelas muzik itu.

Ahh, menggamit memori. Sudah 4 tahun lebih aku meninggalkan piano. Skil yang memang lemah sudah semakin lemah. Gred praktikal yang mencapai Gred 3 kini hanyalah nama semata-mata. Skil aku sekarang sudah menjadi seolah-olah skil pelajar Gred 1.

Minat aku terhadap muzik yang semakin malap dek dihurungi dengan akademik beberapa tahun kebelakangan ini mula menunjukkan tanda-tanda kehidupan semula. Aku suka muzik klasik. Ia menenangkan. Aku lebih suka mendengar lagu tanpa suara vokal apabila melakukan sesuatu yang memerlukan daya tumpuan. Aku tiada banyak pengetahuan tentang muzik, sangat sikit sekali. Mahir bermain alat muzik ada dalam senarai baldi aku (bucket list). Terima kasih Google Translate.

Rabu, 8 Februari 2017

Ketenangan

Assalamualaikum dan salam Jumaat
Dengan sukanya, aku nak tulis jurnal tertunggak iaitu jurnal 3 Februari 2017.
Wah, nampak gayanya macam boleh buat siri 'jurnal tertunggak'.

Stres. Aku ingat lagi hari itu aku stres. Stres yang tidak disukai tetapi aku yang undangnya. Aku sangat tertekan pada hari itu. Aku menyesal aku membuat perkara yang mengundang ia walhal aku tak suka akannya. Ironi kan? Salah aku, yang kurang bijak pergi buat apahal? Aku nak merungut lebih-lebih pun tak boleh.
Sebab kau dapat apa yang kau usahakan.
Dan aku tak usaha. Maka, aku dapat balasan buruk. Dalam entri sebelum ini, aku pernah bercerita tentang ketenangan. Aku cemburu tahap gaban terhadap orang yang memperoleh ketenangan ini. Lebih-lebih lagi apabila punca ketidaktenangan aku adalah disebabkan sikap aku sendiri.

Pada masa itu, aku berulang kali menyebut 'Padan muka kau Fariha'. Aku pantang bila orang tiru kerja sekolah aku. Ye la, aku mengisi masa lapang dengan menyiapkan tugasan. Kalau aku tak tahu, aku rujuk buku, internet, kawan dan sebagainya. Proses ni ambil masa yang panjang, kau tahu. Aku tak suka bila orang lain menyiapkan sesuatu tugasan dengan kerja aku sebagai panduan semata-mata. Woi, tu copy paste namanya. Kalau ada kefahaman, tu bonus. Tapi, dasarnya memang copy paste.

Nampak tak betapa aku benci perbuatan ini? Jadi, apabila AKU SENDIRI yang melakukannya, aku rasa sangat bersalah dan mengkritik diri sendiri. Hoi Fariha! Cakap tak serupa bikin! (haaa gitu)

Apa yang aku nak cakapkan ialah, aku tak suka meniru kerja orang lain. Meniru tu merupakan pilihan terakhir aku. Jadi, nak tak nak, aku tetap perlu siapkan tugasan.

Ini semua rancangan Allah. Takdir aku untuk mempunyai 'plot twist' hari Jumaat tu. Aku tak siap tugasan yang perlu dihantar hari itu tetapi aku tidak risau pada mulanya kerana aku mengikuti sebuah program di luar sekolah. Tengok-tengok, program itu dibatalkan. Tak ke cuak? 

Satu benda yang aku dapat jadikan sebagai pengajaran. bersyukurlah selagi Allah kurniakan kau ketenangan. Dia boleh je ambil bila-bila masa. 

Motivasi

Assalamualaikum dan salam 2 Februari
(Jurnal tertunggak lagi...)

Hari ni ada Sejarah, subjek kegemaran aku. Untuk pengetahuan, kami kena buat sebuah folio kerjaya dan aku memilih ahli sejarah atau 'historian'. Rasa agak eksklusif dan gempak sebab tak silap aku, tak pernah lagi pelajar yang memilih ahli sejarah untuk diceritakan dalam folio kerjaya tu. Tetapi, perasaan itu sekejap sahaja. Aku fikir, kenapa tiada orang lain sebelum ini? Adakah kerjaya yang aku kagumi ini tak mempunyai realiti yang gah seperti yang aku harapkan? Pernah seseorang berkata kepadaku (orang dewasa dan mempunyai pekerjaan menarik pelajar ke universiti mereka, kau dapat bayangkan tak apa yang aku cakap ni?)
Dik, tak payah ambil bidang sejarah la dik. Zaman sekarang ni bukan pasal minat lagi dah. Kalau minat tapi tak ada gaji yang lumayan, camne nak 'survive'? Adik minat, minat juga. Tapi kita kena berpijak pada dunia nyata. Malaysia tak ada banyak peluang untuk kerja bidang macam ini.
Aku dan kawan aku jadi macam -......- Akak, pada hemat saya, akak tak sepatutnya berkata sedemikian. Tak semena-mena cita-cita saya goyah. Tahu tak apa perasaannya bila kita perasan yang kita mula rasa ragu-ragu dengan apa yang dipegang sebelum ni? Lebih senang kalau kau bayangkan dengan kegoyahan rukun iman. Ia rasa teruk. Pertama, sebab DIRI SENDIRI mula memikirkan kemungkinan apa yang dipegang ialah sesuatu perkara yang salah. Kedua, kau tak tahu apa yang hendak difikirkan.

Sampai sekarang, dari skala 1 hingga 9, aku masih tidak dapat menentukan 'ke-betul-an' tindakan akak itu untuk bercakap sedemikian rupa. Bagus juga dia kata sebegitu, serba-sedikit mengingatkan aku untuk berpijak pada dunia nyata dan mencari pekerjaan dalam bidang ini dengan lebih teliti. Dia juga memberi motivasi kepadaku untuk membuktikan. Membuktikan apa? Entah, aku pun tak pasti apa yang aku hendak sangkal pada percakapannya itu.

Perkara ini mengingatkan aku kepada suatu peristiwa. Ketika itu, seorang guru lelaki tambahan datang ke sekolah rendahku. Beliau masih muda lagi dan bolehlah dikatakan ada wawasan. Satu soalan beliau,
Siapa kat sini nak jadi saintis?
Maka, aku dan seorang lagi rakanku mengangkat tangan. Kami berdua sahaja meletakkan saintis sebagai cita-cita di dalam kelas itu. Kelas pun diteruskan dengan 'pendedahan' beliau terhadap apa yang diperlukan bagi merealisasikan impian itu.
Yang nak jadi saintis ni, kena belajar elok-elok. Belajar betul-betul dari sekarang, kalau betul nak jadi. Jadi saintis ni susah sikit. Kalau keputusan sekarang pun tak cantik, macam mana nak belajar nanti?
Haa gitulah apa yang aku ingat. Mungkin ada tokok tambah sikit haha. Apa-apa pun tu lah 'point' yang beliau cakap.

Benda sebegini memberi aku motivasi. Aku nak tunjukkan yang aku boleh. Yang ada seseorang boleh buat perkara sekian sekian.

Tapi benda ni pun tak bagus sangat sebenarnya. Ia mensasarkan aku daripada niat aku yang sebenar. Niat awalnya kerana Allah (cehwah), sebab aku suka belajar, sebab aku nak tahu. Tapi bila menghadapi perkara macam ni, niat belajar sudah tukar menjadi mencari pengiktirafan manusia @ memuaskan hati manusia. Haihhh,,, kalau niat yang macam ni, 'confirm' bila tak dapat laksanakan, akan rasa kecewa teramat sangat. Sebab tak dapat pengiktirafan manusia.
 

Selasa, 7 Februari 2017

Tahun 2014


Assalamualaikum dan salam 1 Februari
(Ni jurnal tertunggak untuk 1 Februari)


Akhirnya, aku tiba di Pusat PERMATApintar UKM. Sebuah tempat yang akan aku tinggalkan dalam beberapa bulan lagi, kurang dari setahun. Tahun ini merupakan tahun keempat aku menuntut ilmu di sini. Aku dan rakan-rakanku merupakan 'batch' keempat masuk ke sini dan juga merupakan 'batch' pertama yang masuk sebagai pelajar Asas Satu (kira macam Tingkatan Satu la). Masuk sebagai pelajar yang comel-comel (cehwah), kecil-kecil lagi ataupun lebih senang adik-adik, serba-sedikit menjadi faktor untuk pelajar Tahap Dua ketika itu melayani kami dengan begitu baik sekali. Malah, jumlah kami tidak ramai, hanya 44 orang sahaja. Jadi, lebih senang dikendalikan. 

Tahap Dua 2014 dikenali juga sebagai Prodigy. Mungkin tidak bagi yang lain, tetapi bagiku, aku sangat suka akan mereka. Mungkin kerana mereka adalah senior pertama aku atau mungkin juga kerana mereka bersikap matang. Jumlah pelajar tidak ramai ketika itu, aku dapat rasakan bahawa sekolah ini benar-benar eksklusif. 

Tetapi, itu tidaklah bermakna aku seharusnya tidak mengalu-alukan kedatangan pelajar yang lebih ramai. Bukankah pendidikan yang baik perlu dikongsi bersama mereka yang layak mendapatkannya? Mungkin juga kau, pelajar lama tidak layak berada di Permata. Apa yang aku nak katakan, janganlah membenci mereka hanya kerana mereka masuk lebih lambat daripada kau. Kau tak usaha pun wei untuk lahir lebih awal dan masuk ke sekolah ni lebih awal. Kau tak buat apa-apa pun untuknya. Ini takdir. Boleh je perkara yang sebaliknya berlaku.

Sepatutnya aku 'graduate' pada tahun hadapan. Namun, segalanya merupakan rancangan Allah. Tempoh aku untuk belajar di sini dipendekkan ke empat tahun. Aku masih ingat lagi, bersama senior-senior Tahap Dua yang berubah saban tahun. Kami panggil ia sebagai 'pemerintahan'. Kini, giliran aku dan rakan-rakan aku untuk 'memerintah' Permata. 

Permata yang dulu bukanlah yang sekarang. Aku tak pasti samada perubahan suatu benda yang baik atau buruk. Agaknya perlu tunggu beberapa tahun lagi untuk memastikannya. Aku suka yang sekarang kerana ia lebih sistematik. Kau tak boleh mengharapkan 'disiplin' datang secara sukarela daripada para pelajar. Tak semua pelajar begitu. Walau sepandai mana seseorang tu, dia masih dibesarkan dalam keluarga biasa di negara Malaysia.

Rabu, 1 Februari 2017

Tahun Baru Cina

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahun Baru Cina.
Baharu atau baru? Baharu merujuk kepada sesuatu yang tidak pernah ada. Tu la kali pertama sesuatu benda tu wujud. Baru pula merujuk kepada kejadian, masa, yang sebelumnya pernah ada. Sekurang-kurangnya tu la apa yang aku faham.

Aku sangat teruja untuk pulang ke rumah. Ok, bukan sangat tetapi tetap teruja. Bukanlah rumah menjadi satu-satunya punca keterujaan aku, ketiadaan kerja sekolah, ketiadaan rakan-rakan (hahaha), banyak pilihan aktiviti dan makanan yang berlambak -- semuanya bercampur dan mencipta perasaan teruja.

Aku tidur, makan, risau tentang kerja sekolah, main 'laptop' sepanjang dua hari di rumah. Pada hari Sabtu pula, aku pergi ke rumah mak cikku. Ada perjumpaan ahli keluarga bagi membincangkan kedai arwah abang nenekku. Tengok, mesyuarat ni penting. Perjumpaan atau perbincangan ini dianggotai oleh orang dewasa sahaja tetapi tidak termasuk mak aku. Mak aku orang dewasa, ya benar itu, tetapi dia lebih suka membiarkan perbincangan serius disertai oleh orang-orang yang berkenaan sahaja. Entahlah, aku pun tak faham.

Sepanjang tiga hari di sana, aku banyak menonton televisyen tidak seperti di rumah. Ya lah, mak cikku melanggan banyak siaran. Masa cuti sekolah inilah, ada 'marathon' filem Harry Potter. 

Tetapi seperti biasa, cuti sekolahku dihiasi dengan tetamu yang tidak disukai tapi diundangku. Kau boleh teka apa? Kerisauan tidak menyiapkan kerja sekolah. Betul, kadang-kala aku terlupa akannya. Tetapi ketenangan tu tetap tiada. Kau tahu apa yang aku cemburu dengan orang yang menyiapkan kerja sekolah awal? KETENANGAN.

Sebab tu lah, aku tak suka apabila orang lain dapat hasil yang sama dengan aku walhal dia menghantar kerja lewat dari masa yang telah ditetapkan. Kau kata 'takpe laaa, alaaaaa, janganlah dengkiii'. Hang pernah fikir tak apa yang orang siapkan awal ni kena lalui. Masa kau main 'games', masa kau buat kerja lagha, masa kau malas... orang-orang ni siapkan kerja. Kau nampak tenang, di kala orang-orang ni mengeluarkan peluh, darah dan air mata demi mengejar tarikh akhir untuk menghantar tugasan. Dan dengan senang-senang kau nak keputusan sama walaupun kau tak menyertai pun pertandingan itu. 

Aku masih boleh terima kalau seseorang tu tak suka orang macam aku ni. Ya lah, siapa suka orang yang nak markah dia dikurangkan. Aku faham, sebab aku pun pernah menjadi ahli kalangan ini. Tetapi, jangan cakap seolah-olah apa yang aku buat ni salah. Memang padan. 

Maka, aku memang tiada ketenangan 100% pada setiap cuti sekolah. Sebab aku tahu aku ada benda yang belum dilangsaikan. Ahh alangkah bagusnya kalau aku macam ni dari aspek agama. Perkara duniawi dirisaukan, perkara akhirat ditangguhkan.

Cuti sekolah ini secara keseluruhannya mengajar aku bahawa 'group whatapps' boleh serba sedikit melegakan perasaan. 
Di kala aku fikir akulah yang paling teruk, masih ada lagi orang lain yang sama dan mungkin lebih teruk lagi daripada aku. 
Ayat di atas ni digunakan secara am ya. Bersyukurlah... tapi ruang untuk penambahbaikan sentiasa ada. 

Latihan Peribahasa

Assalamualaikum dan salam peribahasa

Jadi, aku kena nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat di bawah ini.

  1. Ratu cantik itu kelihatan cantik dan anggun sekali bersama-sama peserta ratu cantik yang lain di atas pentas. - bagai bulan dipagari bintang
  2. Encik Mutalib merotan anaknya sehingga berdarah akibat berkelakuan tidak senonoh dengan mengganggu gadis-gadis kampung yang pergi dan balik dari tempat kerja. - sayangkan anak tangan-tangankan 
  3. Bandar raya Shah Alam menjadi tumpuan orang dari daerah dan negeri lain kerana terdapat banyak peluang pekerjaan . - di mana ada gula, di situ ada semut
  4. Walaupun Haji Ahmad seorang yang berharta tetapi hidupnya bukanlah sentiasa senang, kadangkala terpaksa meminjam daripada saudara-mara untuk membayar yuran pelajaran anak-anaknya yang ramai . - ada bukit ada paya
  5. Kamisah hanya mendiamkan diri apabila ditanya oleh suaminya sama ada membenarkan suaminya berkahwin lagi atau tidak, dia hanya mengikut sahaja walaupun hatinya tidak bersetuju . - seperti lembu dicucuk hidung
  6. Rashid begitu meminati permainan badminton sejak kecil kerana sering mengikut ayahnya bermain badminton, akhirnya dia juga bermain untuk negara seperti ayahnya . - ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi
  7. Johan suka menyampuk perbualan orang dan akan bercerita seolah-olah semua perkara diketahuinya walhal sebenarnya dia tidak tahu langsung tentang perkara itu . - tong kosong nyaring bunyinya
  8. Noh tidak langsung mengenang jasa kedua-dua ibu bapanya yang telah memberinya pelajaran hingga menjawat jawatan yang tinggi dan bergaji besar. - bagai kacang lupakan kulit
  9. Raihan terus tidak kembali ke kampung halamannya atau menghubungi sanak saudara selepas berkahwin, seolah-olah ingin memutuskan tali persaudaraan dengan keluarganya . - kasihkan pinang sebatang daripada aur serumpun
  10. Rahim menasihati anaknya agar reda dan mengambil iktibar segala kesilapan yang telah dilakukan sehingga syarikatnya rugi kerana sebagai manusia kita tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. - buang yang keruh, ambil yang jernih
  11. Walaupun Bapa Kemerdekaan negara kita Tunku Abd. Rahman dan pemimpin-pemimpin terdahulu telah tiada, namun jasa dan pengorbanan mereka membebaskan negara daripada penjajah tetap dikenang oleh semua rakyat . - harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama
  12. Pengetua baharu di sekolah saya telah mengarahkan semua murid tinggal di asrama walhal pengetua yang lama memberi kebebasan kepada semua murid untuk memilih sama ada mahu tinggal di asrama atau tidak . - anak-anak ikan kecil menjadi makanan ikan besar 
  13. Johari susah untuk bergerak kerana terlampau kenyang selepas makan tengah hari, dia hanya berbaring di sofa serambi rumahnya .- buntal kembung
  14. Pemandu kereta Ferrari itu memang cekap, pergerakannya begitu pantas sehingga tidak dapat ditandingi oleh pelumba kereta yang lain. - lipas kudung
  15. Maria dan Zulaikha telah berbaik-baik semula selepas tidak bertegur sapa selama setahun tetapi mereka tidak akrab seperti dahulu. -tiada patah yang tidak tempang.
  16. Apabila sudah berjawatan besar dan tinggal di ibu kota dia tidak ingat akan kampung halaman dan sanak saudaranya lagi. - bagai kacang lupakan kulit
  17. Walaupun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan tetapi kerja itu dapat disiapkan oleh Haris. - hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
  18. Keadaan hidup seseorang itu sukar dijangkakan kerana ada masa susah, ada masa senang . - ada bukit ada paya
  19. Langkah pencegahan sesuatu penyakit perlu dilakukan segera bagi mengelakkan penyakit tersebut terus menular. Hal ini dikatakan demikian kerana untuk mengubati atau membasmi sesuatu penyakit sudah tentu memerlukan wang yang banyak. Justeru, langkah pembasmian amat perlu berbanding dengan mengubati. - sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
  20. Sejak pulang daripada perantauan, beliau lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan. Pengalaman banyak mengajarnya tentang erti kehidupan. Beliau juga mampu menyelesaikan masalah dengan lebih rasional. - banyak makan garam
  21. Kesepakatan rakyat di negara ini yang berbilang kaum menjadi penyebab utama negara berkembang dengan pesat dan bertambah kukuh. Pergaduhan dan persengketaan sudah pasti akan menyumbang kepada pelbagai kemusnahan. - bercerai kita roboh, bersatu kita teguh
  22. Kemajuan dalam bidang pendidikan membuka banyak peluang kepada golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran. Hanya melalui pendidikan sahaja para remaja dapat didik supaya mempunyai akhlak yang terpuji. Mereka adalah harapan negara pada masa akan datang. Sebahagian daripada mereka akan menjadi pemimpin dan mentadbir dan memajukan lagi negara ini . - pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
  23. Membaca adalah amalan yang mulia dan melalui bacaan seseorang itu dapat menambahkan pelbagai ilmu pengetahuan. Selain lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, ilmu pengetahuan yang dimiliki dapat membantu seseorang itu meneruskan kehidupan dengan lebih selesa pada masa akan datang. Dengan ilmu yang dimiliki, sesuatu perkara dapat dilakukan dengan mudah . - membaca jambatan ilmu
  24. Maisarah berasa tertipu dengan barangan yang baru dibelinya. Dia masih teringat kata-kata jurujual yang datang mempromosikan barangan tersebut di rumahnya. Setelah seminggu memakai produk tersebut, ternyata kesannya tidak sehebat seperti yang diceritakan oleh jurujual tersebut . - indah khabar dari rupa
  25. Meskipun beliau berasal daripada keluarga bangsawan dan mempunyai harta yang banyak, namun beliau masih bersikap merendah diri dan bergaul dengan masyarakat golongan bawahan tanpa sebarang rasa sombong dan bongkak. - padi semakin berisi semakin merunduk
  26. Sebagai pekerja di syarikat swasta itu, dia menyedari bahawa kedudukannya tidak akan tetap dan akan dibuang pada bila-bila masa sahaja apabila bermasalah atau tidak lagi diperlukan di syarikat tersebut. - telur di hujung tanduk
  27. Shafiza mengisi masa lapang dengan bekerja sebagai seorang jurujual di sebuah syarikat sambil memohon jawatan yang lebih sesuai dengan kelulusan yang dimilikinya. - baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak.
  28. Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu kelihatan sepadan kerana kedua-duanya kelihatan cantik dan kacak. - bagai pinang dibelah dua
  29. Oleh sebab Azura anak tunggal, ibu bapanya memeliharanya dengan penuh kasih sayang. - bagai menatang minyak yang penuh
  30. Ramlah merupakan anak yang paling disayangi oleh Encik Radzi kerana sangat pandai dalam pelajaran dan menghormati orang tua . - anak emas