Minggu ini merupakan minggu pulang bermalam. Tak tahu apa itu?
Ia adalah minggu yang menyeronokkan. Kerana kau boleh pulang ke mana-mana sahaja. Dah namanya pulang, jadi mestilah ke rumah bukan? Bermalam, bermakna kau boleh tidur di rumah. Ahh, rumahku syurgaku.
Namun begitu, aku memilih untuk tidak pulang. Kenapa? Sebab aku sudah banyak kali pulang ke rumah pada tahun pertama aku di sini. Tambahan pula, ini merupakan tahun terakhir aku. Bukanlah aku ingin meluangkan masa dengan manusia-manusia di sini, tetapi ia lebih kepada suasana Permata itu sendiri. Aku pasti akan merindukan suasana ini. Lagipun, aku tidak akan membuat perkara yang berfaedah di rumah. Masa di rumah kelihatan sekejap sahaja berbanding di Permata. Aku tidak yakin aku dapat menolak pengaruh-pengaruh negatif kat situ, seperti televisyen, sofa, katil dan peti sejuk. Ia menjadi negatif apabila disalahgunakan.
Hari Jumaat, penghulu segala hari. Hari ini jugalah menjadi saksi kepada aku yang membuat perancangan bagi hujung mingguku.
Rancanglah masa lapang anda dengan perkara yang bermanfaat kerana syaitan sudahpun ada perancangan bagi anda.Aku sering teringat akan ayat ini. Jadi, aku sentiasa merancang. Sama ada ia terjadi atau tak, itu perkara kedua. Tanpa perkara pertama ini, aku akan membazir masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan