Ahad, 9 Julai 2017

Isi Karangan Prakarsa untuk Memupuk Semangat Patriotisme dalam Kalangan Pelajar di Negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Isi-isi bagi karangan bertajuk Prakarsa untuk Memupuk Semangat Patriotisme dalam Kalangan Pelajar di Negara Kita.

Pihak yang dituju: Para pelajar di Malaysia


Isi Pertama:
Dari segi politik
Pihak: Kerajaan
  • Mewajibkan semua pelajar IPTA dan IPTS mengambil subjek Sejarah dan wajib lulus sebagai syarat mendapat ijazah.
  • Menubuhkan persatuan sejarah di semua peringkat sama ada di sekolah, institusi pengajian tinggi, kolej dan sebagainya.
  • Pihak kerajaan melalui agensi yang berkaitan mestilah berusaha memperkasakan muzium di seluruh negara.


Isi Kedua:
Dari segi politik
Pihak: Pertubuhan swasta seperti Persatuan Sejarah Malaysia (PSM)
  • Menganjurkan pertandingan fotografi bertemakan sejarah tanah air, menganjurkan pertandingan menulis esei sejarah dan lain-lain pada peringkat sekolah.
  • Pihak bertanggungjawab wajar membina galeri-galeri yang mempamerkan fakta-fakta sejarah seperti gambar, barang-barang sejarah untuk dilihat dengan lebih dekat oleh golongan remaja.
  • Kempen kesedaran 'sejarah' dalam kalangan generasi muda wajar dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan berterusan.


Isi Ketiga:
Dari segi ekonomi
Pihak: Pertubuhan swasta dan media massa sepeti Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)
  • Menganjurkan sambutan Hari Kemerdekaan secara besar-besaran dengan lebih tumpuan kepada menimbulkan rasa kecintaan rakyat terhadap negara.
  • Menggalakkan penghasilan filem-filem bercorak patriotik seperti Bukit Kepong, Leftenan Adnan, Paloh dan sebagainya.
  • Menganjurkan pameran-pameran tentang sejarah kemerdekaan, darurat, campur tangan asing dan peperangan yang berlaku di negara kita.


Isi Keempat:
Dari segi sosial
Pihak: Sekolah
  • Menganjurkan kem jati diri yang mana pengisiannya mestilah bertumpu kepada usaha memberikan kesedaran kepada golongan remaja.
  • Memperkasakan pengajaran subjek Sejarah, Bahasa Melayu, Sivik dan Kewarganegaraan dan Geografi di sekolah.
  • Mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah seperti Kota A Famosa dan Bandar Hilir di Melaka.

Isi Kelima:
Dari segi sosial
Pihak: Ibu bapa
  • Mendidik anak-anak untuk bersyukur dan berasa bangga serta cinta akan negara.
  • Membawa anak-anak ke sambutan Hari Kemerdekaan.
  • Bercerita akan tentang sejarah perjuangan tokoh-tokoh negara dalam memerdekakan dan membangunkan negara seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Hang Tuah, Dato' Bahaman dan sebagainya.
  • Menyertai kempen-kempen berkaitan kemerdekaan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.
  • Membiasakan anak-anak menonton rancangan televisyen yang berkaitan dengan kemerdekaan.

Selasa, 2 Mei 2017

Jawapan bagi Peperiksaan Percubaan SPM 2016

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

JAWAPAN bagi PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016 [soalan 2]

MRSM
(b)  Petikan Prosa Moden
    - Ahmad Mutawakkil berfikiran bahawa orang Melayu tidak pandai bermusuh dan hati mereka penuh dengan persahabatan.
    - Pada pendapat saya, kita perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan terutamanya dari segi teknologi dan sains, mempertahankan perpaduan rakyat serta menghayati sejarah perjuangan tokoh-tokoh terdahulu bagi menyemai semangat dalam patriotrik. 
    - Kehidupan masyarakat yang saling menghormati sebagai contoh, walaupun Tuan Booth berbangsa Inggeris dia tetap bercampur gaul dengan masyarakat kampung di surau pada setiap petang. Kerjasama erat dalam masyarakat sebagai contoh, masyarakat kampung bekerjasama mencari dan menjejaki kehilangan Ahmad Mutawakkil.

(c) Petikan Prosa Tradisional
    - Rangkai kata menyuruh berlengkap bermaksud memerintahkan persiapan berperang
    - Sidi Arab berdiri di hadapan raja lalu menghalakan panahnya ke benua Siam. Beliau menarik panah sambil menyeru nama Cau Pandan agar mati.
    - Dua iktibar yang boleh dilakukan oleh seseorang pemerintah untuk mengelakkan negaranya terlibat dalam peperangan ialah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara jiran bagi memastikan hubungan baik terjalin serta mengamalkan prinsip keamanan antarabangsa.

(d) Syair
    - Rakyat menjadi gempar lalu lari bertempiaran.
    - Persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi musibah tersebut ialah pihak kerajaan menyediakan alat kawalan keselamatan di tempat yang berisiko menghadapi musibah dan menyediakan keperluan harian seperti makanan dan pakaian yang mencukup kepada bakal mangsa.
    - Raja Kembayat merupakan seorang raja yang adil kerana baginda memerintah dengan adil dan saksama. Baginda juga merupakan raja yang prihatin kerana baginda ambil kisah akan masalah rakyatnya.

PULAU PINANG
(b) Petikan Prosa Moden
    - Wanita tua itu memakai kain kapas yang nipis serta berstoking lusuh.
    - Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mengatasi masalah warga emas yang hidup gelandangan ialah memberikan pekerjaan yang sesuai dan mewujudkan tempat penginapan.
    - Kemiskinan warga emas, wanita tua itu mamakai pakaian kapas yang nipis, berkasut koyak serta berstoking lusuh dan menyara hidupnya dengan menjual makanan burung. Kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan, penulis membuat senarai nama barangan dan cenderamata yang akan dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia.

(c) Petikan Prosa Tradisional
    - Selalu bertelagah
    - Berlakunya perpecahan antara rakyat dengan sesetengah menyokong Paduka Raja manakala sesetengah lagi menyokong Seri Nara Diraja. Oleh yang demikian, Seri Nara Diraja dan Paduka Raja sering bermusuhan.
    - Kesan-kesan buruk kepada negara sekiranya pemimpin tidak muafakar ialah negara tidak akam, terdedah kepada ancaman luar dan berlakunya banyak penyelewengan.

(d) Gurindam
    - Maksud rangkap gurindam di atas ialah nama seseorang yang membuat jasa baik akan sentiasa disanjung.
    - Tiga alasan kenapa seseorang itu tidak boleh menggunakan bahasa kasar dalam pergaulan adalah untuk mengelakkan persengketaan, tidak menyinggung perasaan seseorang serta memupuk suasana harmoni dalam masyarakat.
    - Kita hendaklah berfikir secara rasional sebelum menuturkan kata-kata untuk mengelakkan salah faham. Kita mestilah rajin belajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

TERENGGANU
(b) Petikan Cerpen
    - Punca-punca bonda menghalang Mel untuk bermastautin di bandar ialah ilmu agamanya masih kurang dan bahasa ibundanya lemah.
    - Cara-cara untuk meningkatkan semangat jati diri remaja sekarang ialah dengan memperkukuhkan ilmu agama, penerapan nilai-nilai murni di sekolah dan pemantauan ibu bapa terhadap aktiviti anak-anak.
    - Kita hendaklah mempunyai bekalan ilmu yang mencukupi sebelum merantau agar kita tidak mudah diperdaya atau hanyut dengan arus pemodenan. Kita perlulah rajin membaca bahan bacaan yang sesuai untuk meningkatkan pengetahuan.

(c) Petikan Prosa Tradisional
    - Disaksikannya seorang penjahat meninggal dunia.
    - Laksamana menikam Kertala Sari lalu memaki dan memotong kemaluannya.
    - Kita perlu melakukan perancangan sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan supaya ia berjaya dilaksanakan, mempunyai kurang risiko dan dapat mengenalpasti masalah yang mungkin berlaku.

(d) Sajak
    - Kampus-kampus universiti pusat perkembangan pemikiran lalu menjelmakan perasaan ego yang boleh menghancurkan nilai pekerti.
    - Seseorang murid perlu bersedia dengan langkah-langkah yang sewajarnya ketika berada di menara gading supaya mampu bersaing dengan rakan-rakan yang sentiasa berusaha untuk menjadi pelajar terbaik, mengelakkan diri daripada pengaruh negatif rakan sebaya serta tidak hanyut di tempat baharu.
    - Harapan seorang bapa yang melepaskan anak gadisnya menuntut ilmu di menara gading untuk meluaskan pengalaman hidupnya dan sekali gus melatih anaknya menjadi lebih tabah, matang dan bijaksana. Kehidupan di kampus lebih mencabar berbanding di kampus. Banyak perkara negatif boleh berlaku sekiranya anaknya tidak dapat membezakan antara perkara baik dengan buruk.

SBP
(b) Petikan Prosa Moden
    - Insan beriman yang dianugerahi akal untuk berfikir secara rasional dan matang.
    - Insentif-insentif yang boleh dilakukan untuk mengembangkan potensi murid-murid cerdik ialah dengan menawarkan peluang untuk belajar di Kolej PERMATApintar UKM, memberikan biasiswa khas bagi menyambung pelajaran di universiti terkemuka dan memberi peluang kepada mereka untuk mendalami bidang ilmu yang diminati.
    - Bangga dengan identiti diri, Aiman Aqil bangga akan namanya kerana ia mempunyai makna yang baik. Sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain, Aiman menyindir adik-adiknya serta rakannya, Chee Keong yang lambat menyelesaikan tugasan Matematik.

(c) Petikan Prosa Tradisional
    - Melaporkan masalahnya.
    - Peringatan-peringatan yang diberikan oleh Tun Perak kepada Seri Amerta ialah menjaga pedang sebilah itu baik-baik, pedang itu jangan diberi berkarat dan jangan kemakanan matanya.
    - Tun Perak wajar menyuruh orang Kelang datang ke Melaka untuk berperang dengan membawa anak dan isteri mereka kerana mereka akan berlawan bersungguh-sungguh, berasa senang hati apabila anak dan isteri mereka berdekatan serta dapat menjaga keselamatan mereka.

(d) Puisi
    - Apabila sudah berasa kenyang diisi dengan makanan, maka mudah untuk melakukan kemungkaran.
    - Kita perlu menjaga tingkah laku agar disenangi oleh masyarakat, mendapat ramai kenalan dan disayangi oleh keluarga serta rakan-rakan.
    - Nilai kebijaksanaan, contohnya kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata. Nilai kesederhanaan, contohnya apabila menghadap rezeki.

JOHOR
(b) Petikan Cerpen
   - Keadaan Solehah tenat dan sedang koma.
   - Tindakan untuk menceriakan pesakit ialah memberikan kata-kata motivasi dan memberikan rawatan yang terbaik.
   - Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan sepuluh pek darah daripada hospital lain dengan segera setelah diberitahu bahawa bank darah di hospital sudah kehabisan agar lebih banyak nyawa dapat diselamatkan. Nusia meminta juruteknik makmal darah memberinya lima pek darah untuk menyelamatkan Solehah dan alHafiz kerana mereka amat diperlukan oleh ahli keluarga,agama dan negara.

(c) Petikan Prosa Tradisional
   - Perintah raja Melaka akan dipatuhi oleh Temenggung.
   - Pandangan Laksamana tentang penjurit itu ialah dia bukan sembarangan penjurit dan lebih bijak berbanding Laksamana.
   - Langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan masalah kecurian daripada berleluasa ialah mengadakan kawalan lebih ketat oleh pihak berkuasa dan memasang alat kawalan keselamatan di tempat-tempat berisiko/

(d) Sajak
   - Penyajak menyatakan bahawa dia sering berasa sunyi kerana anak-anaknya tidak datang menziarahinya pada usia yang sudah tua.
   - Segelintir anak-anak jarang-jarang menziarahi ibu bapa mereka kerana sibuk dengan pekerjaan masing-masing, tinggal jauh serta tidak mempunyai masa yang cukup.
   - Persoalan tanggungjawab anak kepada ibu bapa. Anak-anak bertanggungjawab menjaga ibu bapa mereka kelak. Bukan membiarkan mereka kesunyian lebih-lebih lagi pada usia tua mereka nanti.
     Persoalan tiada makhluk yang kekal selain Tuhan. Semua hidupan di dunia ini akan mati satu hari nanti yang kekal hanyalah Tuhan.

Ahad, 5 Mac 2017

Sambutan Hari Jadi

Assalamualaikum dan salam 28 Februari

Hari ni aku nak cakap pasal hari jadi aku. Sambutannya, lebih tepat.
Aku bukanlah seseorang yang suka mengucapkan 'selamat hari jadi' kepada orang. Aku tidak menganggap ia sebagai tugas dan tanggungjawabku, terutamanya apabila hari jadi itu kepunyaan orang dalam kelompok kawan. Lebih-lebih lagi, ucapan yang bukan secara langsung atau 'face to face'.

Jadi, apabila rakan-rakanku mengucapkannya di group Whatapps, aku berasa terharu. Ok cukup tentang sambutan itu. Aku sebenarnya ingin menceritakan tentang emak aku. Terharu kot dapat mak macam ni. Kawan-kawan mak aku pun menggelarkan dia sebagai ibu mithali. Kau tahu ibu mithali tu apa? Ibu mithali tu ibu contoh, yang terbaik dan sangat pemurah. Mak aku lah tu.

Biasalah, kalau hari jadi anak, para ibu akan membelikan kek dan menyambutnya dengan meriah. Mak aku pun macam tu. Jadi, kenapa aku terharu sangat? Sebab mak aku bukan macam mak-mak yang lain. Dia buat memang macam betul-betul dia nak buat. Kadang-kadang aku rasa macam baki hidup dia ni hanyalah untuk menggembirakan hati orang di sekelilingnya, termasuklah anak-anak. Jadi, berlakulah perkara yang agak lucu yang mana aku memberikan ceramah kepadanya agar mengutamakan diri sendiri dahulu. Kalau teruskan apa yang dia lakukan, aku takut dia kecewa. Bukan sebab orang lain, tapi sebab takut aku dan kakak aku ni tergolong dalam anak derhaka. Tak dapat khusnul khatimah. Uish aku berlindung dengan Allah daripada menjadi golongan rugi tu.

Maka, dia membelikan kek dan makanan yang sedap-sedap belaka untuk aku. Terima kasih mak!
Aku akan membuatkan kau bangga dan rasa tak sia-sia dapat anak macam aku.

MTP

Assalamualaikum dan salam 27 Februari

MTP. Majlis Tertinggi Pelajar. Aku dah pernah sentuh tentang ini dalam entri aku yang lain.
Aku tak faham cara berfikir sesetengah orang. Ye lah, mustahil untuk faham semua orang sebab masing-masing pun ada corak berfikir yang tersendiri.

Pada petang Isnin ni, tertulis 'PREP' pada jadual sekolah aku. Namun, ia diisi dengan perjumpaan MTP. Aku, berbekalkan alatan untuk menyiapkan tugasan pergi awal ke perjumpaan, 15 minit lebih awal. Sebenarnya bukan sengaja pun, kami memang perlu mengosongkan asrama sebelum waktu perjumpaan.

Janji manusia, haih. Aku pun manusia, dan pernah memungkiri janji. Sebab itulah aku elakkan beremosi pada sesuatu kerana takut aku juga akan melakukan perkara yang sama, melainkan pada perkara yang aku agak yakin bahawa prinsip aku tetap padanya.

Pejam celik pejam celik, tinggal kurang enam bulan lagi sebelum kami meletakkan jawatan sebagai pemimpin para pelajar. Aku mengira-ngira apa sumbanganku kepada para pelajar sebagai Naib Presiden 2?

Perasaan bercampur-baur saat aku diingatkan semula tentang hal peletakan jawatan bagai ni. Nampaknya aku perlu berusaha lebih lagi kerana ini mungkin menjadi peluang seumur hidup.

MPB

Assalamualaikum dan salam 24 Februari

Minggu ini merupakan minggu pulang bermalam. Tak tahu apa itu?
Ia adalah minggu yang menyeronokkan. Kerana kau boleh pulang ke mana-mana sahaja. Dah namanya pulang, jadi mestilah ke rumah bukan? Bermalam, bermakna kau boleh tidur di rumah. Ahh, rumahku syurgaku.

Namun begitu, aku memilih untuk tidak pulang. Kenapa? Sebab aku sudah banyak kali pulang ke rumah pada tahun pertama aku di sini. Tambahan pula, ini merupakan tahun terakhir aku. Bukanlah aku ingin meluangkan masa dengan manusia-manusia di sini, tetapi ia lebih kepada suasana Permata itu sendiri. Aku pasti akan merindukan suasana ini. Lagipun, aku tidak akan membuat perkara yang berfaedah di rumah. Masa di rumah kelihatan sekejap sahaja berbanding di Permata. Aku tidak yakin aku dapat menolak pengaruh-pengaruh negatif kat situ, seperti televisyen, sofa, katil dan peti sejuk. Ia menjadi negatif apabila disalahgunakan. 

Hari Jumaat, penghulu segala hari. Hari ini jugalah menjadi saksi kepada aku yang membuat perancangan bagi hujung mingguku.
Rancanglah masa lapang anda dengan perkara yang bermanfaat kerana syaitan sudahpun ada perancangan bagi anda.
Aku sering teringat akan ayat ini. Jadi, aku sentiasa merancang. Sama ada ia terjadi atau tak, itu perkara kedua. Tanpa perkara pertama ini, aku akan membazir masa.

Tahun Baru Cina

Assalamualaikum dan salam 23 Februari

Sambutan dimulakan dengan pembahagian kumpulan. Aku secara jujurnya menghadapi sedikit kesusahan pada awalnya. Aku tidak tahu kumpulanku dan ia menyusahkan ahli jawatankuasa 'explorace'. Aku rasa bersalah namun apakan daya, kerana kelembapan internet aku terlupa untuk menyemak senarai kumpulan yang telah diberikan di 'Whatapps'. Oleh kerana kelajuan internet yang tidak begitu memberangsangkan, aku membatalkan hasrat untuk menyemak dan terlupa mengenainya. Pada pagi itu, aku bersama sekumpulan pelajar yang lain, dengan 'tak tahu hala tuju' dicop di kepala, berjumpa dengan ahli jawatankuasa bagi menyelesaikan masalah ini. Akhirnya, kumpulan 12 menjadi keluarga sementaraku.

Tidak banyak beza dengan aturcara sambutan Tahun Baru Cina pada tahun-tahun sebelumnya, explorace ini mempunyai 8 stesen. Antaranya 'paper cutting', 'tongue twister', catur Cina, karaoke, kaligrafi, origami, pokok ceri dan melukis pokok buluh. Pada tahun ini, aku menulis chun yang bermaksud musim bunga dalam bahasa Cina. Aku cuba buat yang terbaik pada setiap stesen kerana ini merupakan sambutan Tahun Baru Cina terakhirku sebagai pelajar Kolej PERMATApintar UKM.

Jadi, sebenarnya apa yang ingin aku sampaikan ialah aku rasa hasil daripada stesen 'paper cutting', kaligrafi, pokok buluh dan origami, agak cantik. Pada pandangan akulah. Pada tahun ini juga, aku membuat origami ayam memandangkan tahun ini merupakan tahun ayam dalam kalendar Lunar.

Pada petangnya pula merupakan acara yang aku tunggu-tunggu iaitu majlis penutupan. Bukan apa, pada majlis penutupan inilah adanya cabutan bertuah, persembahan dan tayangan video. Seronok sekali apabila melihat kawan-kawanku berlakon dalam video tersebut. 

Sepanjang program pada hari ini, satu benda terngiang-ngiang dalam fikiranku 
Tahniah kawan. Usaha kau untuk menjayakan sambutan Tahun Baru Cina ini membuahkan hasil.
Program ini merupakan hasil kerjasama antara pelajar Asasi Pintar dan pelajar Kolej dengan bantuan guru. Minggu ini juga dikenali sebagai Minggu Sukantara. Kawanku yang terlibat untuk sambutan ini perlu membahagikan komitmennya. Tahniah, kawan.

Keyakinan

Assalamualaikum dan salam 17 Februari

Merentas Desa / Kampus
Merentas kampus terakhir bagi aku. (memang banyak perkataan terakhir dalam blog aku). Perkataan ini memupuk rasa bersyukur dan sekaligus menyebabkan aku menghargai saat-saat ini. Tidak seperti tahun sebelumnya, hampir dua minggu sebelum merentas kampus, aku bersama rakan-rakanku yang lain turun riadah pada setiap petang. Ye lah, untuk membiasakan tubuh badan. Aku agak yakin dan sangat mengharap untuk mendapat tempat 10 yang pertama bagi keseluruhan pelajar perempuan Tahap Satu dan Dua. Keyakinan yang tiba-tiba ada tu adalah disebabkan perasaan aku yang mengatakan tiada banyak persaingan hebat dan aku ni ada bakat yang terpendam. Ok, bukan bakat tetapi daya ketahanan. 

Betul ke telahan aku ini?

Aku ingin membuktikannya dan memilih jawapan 'ya' sebagai destinasi. Namun sayang seribu kali sayang, aku gagal. Ada beberapa faktor yang aku fikir muhasabah yang menjadi sebab-sebab kegagalan aku. Satu benda yang aku dapat daripada kegagalan ini ialah,
Jikalaulah faktor-faktor kegagalan itu tiada, adakah aku akan mendapat jawapan 'ya'?
 Apa sebabnya?
Tak perlulah tahu. Lagipun, aku sedang malas dan ngantuk tahap gaban untuk menaip papan kekunci ini. Aku tidak berpuas hati. Ya, tidak puas hati, dengan keputusan ini. Tapi, aku tetap bersyukur. Bersyukur itu penting, kawan-kawan.