Sabtu, 11 Februari 2017

Pencapaian Akademik

Assalamualaikum dan salam 7 Februari 
(dan lagi...)

Sebenarnya, 5 Februari yang lepas merupakan hari jadi emakku. Jadi, SELAMAT HARI JADI MAK~! Semoga dimurahkan rezeki, diredhai Allah dan gembira selalu. 

Dalam jadual hari Selasa, aku ada slot perjumpaan bersama mentor akademik iaitu cikgu subjek Bahasa Melayu. Beliaulah punca blog ini tercipta. Saja nak beritahu, yang aku taip pos kali ni sambil mendengar soundtrack Pirates of The Carribean. (Serius, Google Translate menunjukkan aku perkataan soundtrack. Mungkin tak ada perkataan khusus baginya kot) Aku taklah minat sangat filem ini sehinggakan aku tahu butirannya. Bahkan, jalan ceritanya pun tunggan-langgang dalam fikiran aku. Cuma, aku suka akan soundtracknya. 

Satu benda yang aku suka akan tugasan untuk tidak mencampur-adukkan Bahasa Melayu dengan bahasa lain dalam blog ini ialah aku dapat tahu dan sebenarnya menggunakan istilah-istilah Bahasa Melayu yang sering aku gantikan dengan Bahasa Inggeris dalam perbualan seharian. Bila nak tak tahu atau TERlupa sesuatu istilah dalam Bahasa Melayu, Google Translate lah rujukan utama kerana ia paling cepat dan pantas.

Akademik.
Dunia aku dihiasi dengan pencapaian akademik aku. Sejak tadika hinggalah sekarang. Sudah tentulah, zaman dulu lebih gemilang dari yang sekarang. Kini, silibus pembelajaran lebih rumit dan mendalam. Aku juga bertemu dengan pesaing-pesaing yang latar belakangnya lebih hebat daripadaku di sini. Tambahan pula, status aku sekarang ialah remaja. Begitu banyak anasir-anasir jahat yang serba-sedikit dapat mempengaruhi aku. Hasilnya, aku lebih terganggu dengan perkara-perkara tak berfaedah, lebih malas dan malas dan malas. 

Aku tak mahu hilang salah satu benda yang boleh dibanggakan dalam buku hidup aku ni. Aku bukanlah seorang yang boleh diharapkan dalam bidang sukan atau pun seni. Seseorang pernah bertanya kepadaku, 'Seronok tak jadi pandai ni?' Maka, aku menjawab
Mestilah. Kau rasa puas setelah hampir seluruh hidup kau didekasikan untuk sesuatu yang akhirnya membuahkan hasil. Kau rasa puas.
Setiap orang boleh memilih untuk mahir dalam bidang sukan atau seni atau apa-apa kemahiran lain. Mereka boleh mendaftar untuk sesuatu kelas atau tidak. Oleh itu, kebanyakan orang yang mengambil 'kemahiran tambahan' ini dianggap minat akannya. Namun, ia tidak begitu halnya dengan belajar akademik. Aku tak pasti istilah apa yang sesuai untuk menjelaskannya. Sebab itulah ada pelajar yang belajar seolah-olah kerana terpaksa, kerana tiada pilihan.

Aku cuba belajar kerana belajar itu sendiri. Aku mencari keseronokkan dalam mempelajari subjek-subjek yang begitu banyak di sekolah. Pencapaian akademik, aku tak nak hilang akannya. Ia hanya boleh hilang apabila aku mengkehendakinya. Namun, aku bukanlah Tuhan. Aku bukanlah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Aku kena redha dengan apa sahaja yang Allah dah aturkan. Cuma aku percaya aku boleh mengubah dengan usaha.

Jadi, apabila aku gagal kerana tak cukup usaha, kerana malas, aku akan jadi sangat tertekan. Sebab apa? Sebab aku tahu aku salah dan aku sendiri mengundang tetamu yang tidak disukai. Ada satu tahap dalam hidup aku, yang aku rasa sangat tertekan sebab AKU KENA BUAT APA YANG AKU PERLU BUAT. Bila tak ingat Allah, ni lah jadinya. Obses dengan keputusan akademik sehinggakan proses pembelajaran disekalikan perkara negatif.

Alhamdulillah, aku dah taklah teruk sangat sekarang. Alhamdulillah juga Allah menakdirkan aku untuk melalui fasa itu. Ia memberi motivasi kepadaku dan penolak serta peringatan setiap kali aku malas. Ia juga memperkenalkan kepadaku sempadan yang tidak sepatutnya dilintasi lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan