Assalamualaikum dan salam 27 Februari
MTP. Majlis Tertinggi Pelajar. Aku dah pernah sentuh tentang ini dalam entri aku yang lain.
Aku tak faham cara berfikir sesetengah orang. Ye lah, mustahil untuk faham semua orang sebab masing-masing pun ada corak berfikir yang tersendiri.
Pada petang Isnin ni, tertulis 'PREP' pada jadual sekolah aku. Namun, ia diisi dengan perjumpaan MTP. Aku, berbekalkan alatan untuk menyiapkan tugasan pergi awal ke perjumpaan, 15 minit lebih awal. Sebenarnya bukan sengaja pun, kami memang perlu mengosongkan asrama sebelum waktu perjumpaan.
Janji manusia, haih. Aku pun manusia, dan pernah memungkiri janji. Sebab itulah aku elakkan beremosi pada sesuatu kerana takut aku juga akan melakukan perkara yang sama, melainkan pada perkara yang aku agak yakin bahawa prinsip aku tetap padanya.
Pejam celik pejam celik, tinggal kurang enam bulan lagi sebelum kami meletakkan jawatan sebagai pemimpin para pelajar. Aku mengira-ngira apa sumbanganku kepada para pelajar sebagai Naib Presiden 2?
Perasaan bercampur-baur saat aku diingatkan semula tentang hal peletakan jawatan bagai ni. Nampaknya aku perlu berusaha lebih lagi kerana ini mungkin menjadi peluang seumur hidup.
i love you fariha. kau banyak bagi sumbangan kot kat kitorang :) #ggakaknaibpres
BalasPadamAhaks. Tersedak aku baca. Dah bulan Mei, baru balas. Anyway, maseh :')))
Padam