Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera
JAWAPAN bagi PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016 [soalan 2]
MRSM
(b) Petikan Prosa Moden
- Ahmad Mutawakkil berfikiran bahawa orang Melayu tidak pandai bermusuh dan hati mereka penuh dengan persahabatan.
- Pada pendapat saya, kita perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan terutamanya dari segi teknologi dan sains, mempertahankan perpaduan rakyat serta menghayati sejarah perjuangan tokoh-tokoh terdahulu bagi menyemai semangat dalam patriotrik.
- Kehidupan masyarakat yang saling menghormati sebagai contoh, walaupun Tuan Booth berbangsa Inggeris dia tetap bercampur gaul dengan masyarakat kampung di surau pada setiap petang. Kerjasama erat dalam masyarakat sebagai contoh, masyarakat kampung bekerjasama mencari dan menjejaki kehilangan Ahmad Mutawakkil.
(c) Petikan Prosa Tradisional
- Rangkai kata menyuruh berlengkap bermaksud memerintahkan persiapan berperang
- Sidi Arab berdiri di hadapan raja lalu menghalakan panahnya ke benua Siam. Beliau menarik panah sambil menyeru nama Cau Pandan agar mati.
- Dua iktibar yang boleh dilakukan oleh seseorang pemerintah untuk mengelakkan negaranya terlibat dalam peperangan ialah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara jiran bagi memastikan hubungan baik terjalin serta mengamalkan prinsip keamanan antarabangsa.
(d) Syair
- Rakyat menjadi gempar lalu lari bertempiaran.
- Persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi musibah tersebut ialah pihak kerajaan menyediakan alat kawalan keselamatan di tempat yang berisiko menghadapi musibah dan menyediakan keperluan harian seperti makanan dan pakaian yang mencukup kepada bakal mangsa.
- Raja Kembayat merupakan seorang raja yang adil kerana baginda memerintah dengan adil dan saksama. Baginda juga merupakan raja yang prihatin kerana baginda ambil kisah akan masalah rakyatnya.
PULAU PINANG
(b) Petikan Prosa Moden
- Wanita tua itu memakai kain kapas yang nipis serta berstoking lusuh.
- Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mengatasi masalah warga emas yang hidup gelandangan ialah memberikan pekerjaan yang sesuai dan mewujudkan tempat penginapan.
- Kemiskinan warga emas, wanita tua itu mamakai pakaian kapas yang nipis, berkasut koyak serta berstoking lusuh dan menyara hidupnya dengan menjual makanan burung. Kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan, penulis membuat senarai nama barangan dan cenderamata yang akan dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia.
(c) Petikan Prosa Tradisional
- Selalu bertelagah
- Berlakunya perpecahan antara rakyat dengan sesetengah menyokong Paduka Raja manakala sesetengah lagi menyokong Seri Nara Diraja. Oleh yang demikian, Seri Nara Diraja dan Paduka Raja sering bermusuhan.
- Kesan-kesan buruk kepada negara sekiranya pemimpin tidak muafakar ialah negara tidak akam, terdedah kepada ancaman luar dan berlakunya banyak penyelewengan.
(d) Gurindam
- Maksud rangkap gurindam di atas ialah nama seseorang yang membuat jasa baik akan sentiasa disanjung.
- Tiga alasan kenapa seseorang itu tidak boleh menggunakan bahasa kasar dalam pergaulan adalah untuk mengelakkan persengketaan, tidak menyinggung perasaan seseorang serta memupuk suasana harmoni dalam masyarakat.
- Kita hendaklah berfikir secara rasional sebelum menuturkan kata-kata untuk mengelakkan salah faham. Kita mestilah rajin belajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
TERENGGANU
(b) Petikan Cerpen
- Punca-punca bonda menghalang Mel untuk bermastautin di bandar ialah ilmu agamanya masih kurang dan bahasa ibundanya lemah.
- Cara-cara untuk meningkatkan semangat jati diri remaja sekarang ialah dengan memperkukuhkan ilmu agama, penerapan nilai-nilai murni di sekolah dan pemantauan ibu bapa terhadap aktiviti anak-anak.
- Kita hendaklah mempunyai bekalan ilmu yang mencukupi sebelum merantau agar kita tidak mudah diperdaya atau hanyut dengan arus pemodenan. Kita perlulah rajin membaca bahan bacaan yang sesuai untuk meningkatkan pengetahuan.
(c) Petikan Prosa Tradisional
- Disaksikannya seorang penjahat meninggal dunia.
- Laksamana menikam Kertala Sari lalu memaki dan memotong kemaluannya.
- Kita perlu melakukan perancangan sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan supaya ia berjaya dilaksanakan, mempunyai kurang risiko dan dapat mengenalpasti masalah yang mungkin berlaku.
(d) Sajak
- Kampus-kampus universiti pusat perkembangan pemikiran lalu menjelmakan perasaan ego yang boleh menghancurkan nilai pekerti.
- Seseorang murid perlu bersedia dengan langkah-langkah yang sewajarnya ketika berada di menara gading supaya mampu bersaing dengan rakan-rakan yang sentiasa berusaha untuk menjadi pelajar terbaik, mengelakkan diri daripada pengaruh negatif rakan sebaya serta tidak hanyut di tempat baharu.
- Harapan seorang bapa yang melepaskan anak gadisnya menuntut ilmu di menara gading untuk meluaskan pengalaman hidupnya dan sekali gus melatih anaknya menjadi lebih tabah, matang dan bijaksana. Kehidupan di kampus lebih mencabar berbanding di kampus. Banyak perkara negatif boleh berlaku sekiranya anaknya tidak dapat membezakan antara perkara baik dengan buruk.
SBP
(b) Petikan Prosa Moden
- Insan beriman yang dianugerahi akal untuk berfikir secara rasional dan matang.
- Insentif-insentif yang boleh dilakukan untuk mengembangkan potensi murid-murid cerdik ialah dengan menawarkan peluang untuk belajar di Kolej PERMATApintar UKM, memberikan biasiswa khas bagi menyambung pelajaran di universiti terkemuka dan memberi peluang kepada mereka untuk mendalami bidang ilmu yang diminati.
- Bangga dengan identiti diri, Aiman Aqil bangga akan namanya kerana ia mempunyai makna yang baik. Sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain, Aiman menyindir adik-adiknya serta rakannya, Chee Keong yang lambat menyelesaikan tugasan Matematik.
(c) Petikan Prosa Tradisional
- Melaporkan masalahnya.
- Peringatan-peringatan yang diberikan oleh Tun Perak kepada Seri Amerta ialah menjaga pedang sebilah itu baik-baik, pedang itu jangan diberi berkarat dan jangan kemakanan matanya.
- Tun Perak wajar menyuruh orang Kelang datang ke Melaka untuk berperang dengan membawa anak dan isteri mereka kerana mereka akan berlawan bersungguh-sungguh, berasa senang hati apabila anak dan isteri mereka berdekatan serta dapat menjaga keselamatan mereka.
(d) Puisi
- Apabila sudah berasa kenyang diisi dengan makanan, maka mudah untuk melakukan kemungkaran.
- Kita perlu menjaga tingkah laku agar disenangi oleh masyarakat, mendapat ramai kenalan dan disayangi oleh keluarga serta rakan-rakan.
- Nilai kebijaksanaan, contohnya kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata. Nilai kesederhanaan, contohnya apabila menghadap rezeki.
JOHOR
(b) Petikan Cerpen
- Keadaan Solehah tenat dan sedang koma.
- Tindakan untuk menceriakan pesakit ialah memberikan kata-kata motivasi dan memberikan rawatan yang terbaik.
- Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan sepuluh pek
darah daripada hospital lain dengan segera setelah diberitahu bahawa bank
darah di hospital sudah kehabisan agar lebih banyak nyawa dapat diselamatkan. Nusia meminta juruteknik makmal darah memberinya lima pek darah untuk
menyelamatkan Solehah dan alHafiz kerana mereka amat diperlukan oleh ahli
keluarga,agama dan negara.
(c) Petikan Prosa Tradisional
- Perintah raja Melaka akan dipatuhi oleh Temenggung.
- Pandangan Laksamana tentang penjurit itu ialah dia bukan sembarangan penjurit dan lebih bijak berbanding Laksamana.
- Langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan masalah kecurian daripada
berleluasa ialah mengadakan kawalan lebih ketat oleh pihak berkuasa dan memasang alat kawalan keselamatan di tempat-tempat berisiko/
(d) Sajak
- Penyajak menyatakan bahawa dia sering berasa sunyi kerana anak-anaknya tidak datang menziarahinya pada usia yang sudah tua.
- Segelintir anak-anak jarang-jarang menziarahi ibu bapa mereka kerana sibuk dengan pekerjaan masing-masing, tinggal jauh serta tidak mempunyai masa yang cukup.
- Persoalan tanggungjawab anak kepada ibu bapa. Anak-anak bertanggungjawab menjaga ibu bapa mereka kelak. Bukan membiarkan
mereka kesunyian lebih-lebih lagi pada usia tua mereka nanti.
Persoalan tiada makhluk yang kekal selain Tuhan. Semua hidupan di dunia ini akan mati satu hari nanti yang kekal hanyalah Tuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan