Rabu, 1 Februari 2017

Tahun Baru Cina

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahun Baru Cina.
Baharu atau baru? Baharu merujuk kepada sesuatu yang tidak pernah ada. Tu la kali pertama sesuatu benda tu wujud. Baru pula merujuk kepada kejadian, masa, yang sebelumnya pernah ada. Sekurang-kurangnya tu la apa yang aku faham.

Aku sangat teruja untuk pulang ke rumah. Ok, bukan sangat tetapi tetap teruja. Bukanlah rumah menjadi satu-satunya punca keterujaan aku, ketiadaan kerja sekolah, ketiadaan rakan-rakan (hahaha), banyak pilihan aktiviti dan makanan yang berlambak -- semuanya bercampur dan mencipta perasaan teruja.

Aku tidur, makan, risau tentang kerja sekolah, main 'laptop' sepanjang dua hari di rumah. Pada hari Sabtu pula, aku pergi ke rumah mak cikku. Ada perjumpaan ahli keluarga bagi membincangkan kedai arwah abang nenekku. Tengok, mesyuarat ni penting. Perjumpaan atau perbincangan ini dianggotai oleh orang dewasa sahaja tetapi tidak termasuk mak aku. Mak aku orang dewasa, ya benar itu, tetapi dia lebih suka membiarkan perbincangan serius disertai oleh orang-orang yang berkenaan sahaja. Entahlah, aku pun tak faham.

Sepanjang tiga hari di sana, aku banyak menonton televisyen tidak seperti di rumah. Ya lah, mak cikku melanggan banyak siaran. Masa cuti sekolah inilah, ada 'marathon' filem Harry Potter. 

Tetapi seperti biasa, cuti sekolahku dihiasi dengan tetamu yang tidak disukai tapi diundangku. Kau boleh teka apa? Kerisauan tidak menyiapkan kerja sekolah. Betul, kadang-kala aku terlupa akannya. Tetapi ketenangan tu tetap tiada. Kau tahu apa yang aku cemburu dengan orang yang menyiapkan kerja sekolah awal? KETENANGAN.

Sebab tu lah, aku tak suka apabila orang lain dapat hasil yang sama dengan aku walhal dia menghantar kerja lewat dari masa yang telah ditetapkan. Kau kata 'takpe laaa, alaaaaa, janganlah dengkiii'. Hang pernah fikir tak apa yang orang siapkan awal ni kena lalui. Masa kau main 'games', masa kau buat kerja lagha, masa kau malas... orang-orang ni siapkan kerja. Kau nampak tenang, di kala orang-orang ni mengeluarkan peluh, darah dan air mata demi mengejar tarikh akhir untuk menghantar tugasan. Dan dengan senang-senang kau nak keputusan sama walaupun kau tak menyertai pun pertandingan itu. 

Aku masih boleh terima kalau seseorang tu tak suka orang macam aku ni. Ya lah, siapa suka orang yang nak markah dia dikurangkan. Aku faham, sebab aku pun pernah menjadi ahli kalangan ini. Tetapi, jangan cakap seolah-olah apa yang aku buat ni salah. Memang padan. 

Maka, aku memang tiada ketenangan 100% pada setiap cuti sekolah. Sebab aku tahu aku ada benda yang belum dilangsaikan. Ahh alangkah bagusnya kalau aku macam ni dari aspek agama. Perkara duniawi dirisaukan, perkara akhirat ditangguhkan.

Cuti sekolah ini secara keseluruhannya mengajar aku bahawa 'group whatapps' boleh serba sedikit melegakan perasaan. 
Di kala aku fikir akulah yang paling teruk, masih ada lagi orang lain yang sama dan mungkin lebih teruk lagi daripada aku. 
Ayat di atas ni digunakan secara am ya. Bersyukurlah... tapi ruang untuk penambahbaikan sentiasa ada. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan