Assalamualaikum dan salam Isnin, 6 Februari
(tertunggak... lagi)
Pada hari ini, telefon kesayanganku (tak sangat pun, saja hiperbola sikit) diambil oleh guru kelasku yang berdedikasi. (ini ikhlas, bukan sarkastik)
Aku nak cakap pasal muzik. Sekarang ni pun aku sedang mendengar orkestra Pirates of the Carribean sambil menaip dengan menggunakan fon kepala. Fuh memang terbaik lah dengar menggunakan fon kepala. Ia 'menghalang' bunyi-bunyi bising dan tidak diundang daripada berlegar dalam kepalaku. Aku pernah belajar bermain alat muzik. Aku masih ingat lagi, kata 'alat muzik' itu muncul dalam kamus hidupku setelah terpengaruh dengan drama Cina, tak silap aku, yang mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang bermain alat muzik. Drama itu berkisar tentang liku-liku kehidupan sebagai pelajar jurusan muzik.
Oleh yang demikian, isu muzik ini pernah menjadi bualan di dalam kereta. Emakku berkata
Ahh, menggamit memori. Sudah 4 tahun lebih aku meninggalkan piano. Skil yang memang lemah sudah semakin lemah. Gred praktikal yang mencapai Gred 3 kini hanyalah nama semata-mata. Skil aku sekarang sudah menjadi seolah-olah skil pelajar Gred 1.
Minat aku terhadap muzik yang semakin malap dek dihurungi dengan akademik beberapa tahun kebelakangan ini mula menunjukkan tanda-tanda kehidupan semula. Aku suka muzik klasik. Ia menenangkan. Aku lebih suka mendengar lagu tanpa suara vokal apabila melakukan sesuatu yang memerlukan daya tumpuan. Aku tiada banyak pengetahuan tentang muzik, sangat sikit sekali. Mahir bermain alat muzik ada dalam senarai baldi aku (bucket list). Terima kasih Google Translate.

Adik, along, kalau dapat main alat muzik, nak yang mana?Aku tanpa teragak-agak menjawab piano. Ini disebabkan watak utama dalam drama itu main piano. Cantik, hebat, indah, semuanyalah bila aku tengok dia main walaupun kemungkinan dia hanya main olok-olok je. Akak aku, yang ketika itu lebih matang daripadaku, menjawab gitar. Tung teng tung teng, hari demi hari, emakku mengejutkan kami dengan khabar gembira. Dia mendaftarkan kami untuk kelas muzik! Gembira bukan main kepalang aku. Dengan syoknya, aku belajar untuk julung kalinya di kelas muzik itu.
Ahh, menggamit memori. Sudah 4 tahun lebih aku meninggalkan piano. Skil yang memang lemah sudah semakin lemah. Gred praktikal yang mencapai Gred 3 kini hanyalah nama semata-mata. Skil aku sekarang sudah menjadi seolah-olah skil pelajar Gred 1.
Minat aku terhadap muzik yang semakin malap dek dihurungi dengan akademik beberapa tahun kebelakangan ini mula menunjukkan tanda-tanda kehidupan semula. Aku suka muzik klasik. Ia menenangkan. Aku lebih suka mendengar lagu tanpa suara vokal apabila melakukan sesuatu yang memerlukan daya tumpuan. Aku tiada banyak pengetahuan tentang muzik, sangat sikit sekali. Mahir bermain alat muzik ada dalam senarai baldi aku (bucket list). Terima kasih Google Translate.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan