21 Februari, tarikh hari lahir aku.
Jawapan Latihan Tatabahasa dan Istilah
- “Apakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan memasak yang dianjurkan di hotel tersebut.
- Bapa saudaranya memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dimasak.
- Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sama, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.
- Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah atas tuduhan menggelapkan wang syarikat tersebut.
- Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjelajah ke seluruh negeri Melaka yang dianjurkan oleh syarikat itu.
- Beribu-ribu ayam ternakan dibunuh oleh kerajaan Mexico akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.
- Semua mangsa tsunami dipindahkan kami ke pusat petempatan sementara sebaik sahaja menerima arahan daripada pihak berkuasa.
- Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kualiti.
- Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Muzammil bersetuju untuk menandatangani surat perjanjian tersebut.
- Buku itu telah saya hantar kepada penerimanya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.
- Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal yang lain dan seterusnya menamatkan mesyuarat tersebut.
- Pada masa ini, masalah penggunaan dadah dalam kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil.
- Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik pulih bagi menarik kedatangan pelancong ke negara kita.
- Pemilik kilang yang masih berdegil untuk membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitamkan supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.
- Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling memotong tanpa memikirkan tahap keselamatan diri mereka sendiri.
- Ayah sangat menggemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang disaluti tepung itu.
- Berdasarkan daripada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya diberkas dan didakwa di muka perbicaraan.
- Peminat bola sepak itu sedang berbincang tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah pasukan bola sepak dari luar negara.
- Mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan geseran biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.
- Pihak polis di negara tersebut sedang giat segerombolan sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada di ibu negara berkenaan.
- Salah seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua buah tayar kereta yang dipandunya meletup.
- Setiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada tidur dan mengajak kami beriadah di taman yang berhampiran.
- Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi taklimat kepada kami tentang perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai ke situ.
- Mereka menempuh pelbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kemalangan.
- Kami amat terkejut apabila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digilis kereta api di kawasan landasan itu.
- Terdapat beribu-ribu ekor rusa telah diternak di kawasan ternakan Pulau Kerdas.
- Pekerja yang mengambil cuti itu menurunkan tandatangan pada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.
- Ibu menghadiahi kakak sebuah telefon bimbit kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
- Sesetengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal menjaringkan gol.
- Penyelidik di hospital itu telah mengemukakan sebuah cadangan bagi membendung wabak selsema burung daripada tersebar kepada orang ramai.
- Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal. -
- Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari semasa ke semasa agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijajah lagi.
- Rakyat diseru membeli barangan tempatan untuk mengurangkan pertukaran wang ke luar negara.
- Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bertaruh nyawa demi mempertahankan tanah air kita daripada ancaman musuh.
- Kebanyakan peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang bengkang-bengkok sebelum tiba ke garisan penamat.
- Para peserta yang menyertai pertandingan memasak tersebut akan disediakan dengan beberapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu.
- Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos rendah yang sedang terbengkalai.
- Menurut Badan Pencegah Rasuah, kegagalan perumahan itu adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit.
- Nama jolokan artis yang terkenal itu ialah Mawi.
- Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dilakukan, namun perbuatan jahatnya itu terbongkar juga.
- Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan yang sewajarnya kepada orang ramai.
- Tepak sirih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah diserahkan kepada pihak pengantin perempuan.
- Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu tunjukkan adalah benar setelah melihat sijil asal yang dikemukakan.
- Jabatan Perhilitan akan menjalankan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu tahun setengah.
- Para budayawan mestilah memerah otak untuk bersama-sama memikir dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita.
- Sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan perkhidmatan pos segera.
- Hal ini demikian kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempoh yang singkat.
- Sehubungan dengan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan yang bakal dibuat pada minggu hadapan.
- Tumpuan kini ialah ke arah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke masa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.
- Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk mempertingkatkan mutu barangan keluaran mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan