Memandangkan aku dah pernah buat jawapan bagi 20 soalan yang pertama, jadi ini ialah jawapan bagi soalan ke-21 dan seterusnya.
Jawapan Latihan Kesalahan Ejaan dan Penggunaan Imbuhan
21. Kanak-kanak itu bertepuk tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena sambutan kemerdekaan tanah air selesai.
22. Selepas upacara perasmian dewan, pegawai daerah itu dibawa melawat ke bilik seminar.
23. Pendidikan prasekolah dikenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6
tahun bagi tujuan mendedahkan mereka kepada persekitaran sosial.
24. Atlet yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya memenangi pingat dalam acara yang disertai.
25. Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa terperangkap dalam kesesakan jalan raya terutama
pada waktu puncak.
26. Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal diadakan berikutan kematian ahli parlimennya
pada awal minggu lepas.
27. Kami singgah di Restoran Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masakan tradisional
Melayu pada minggu yang lalu.
28. Lima orang lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pihak
polis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.
29. Kelayakan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin melibatkan diri dalam lapangan perniagaan.
30. Majlis pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besaran di
sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
31. Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang melakukan pembakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin meruncing.
32. Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasakan undang-undang dari semasa ke semasa
untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.
33. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga maruah keluarga dengan menghindarkan diri
daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga.
34. Penduduk Kampung Permai sedang bergotong-royong untuk memperlebar jalan kerana
bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah.
35. Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah diadakan sempena hari keputeraan
baginda yang ke-52 tahun.
36. Mereka menyesali sikap pihak kontraktor yang tidak dapat menyiapkan projek perumahan
tersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butir perjanjian.
37. Untuk memastikan komputer sentiasa selamat sama ada daripada serangan virus atau
daripada penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh pembekal.
38. “Saya mempunyai kakitangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan termasuk perkhidmatan menggunting rambut,” katanya dengan ramah.
39. Dalam perhimpunan raksasa itu, Perdana Menteri telah menasihati rakyat supaya
sentiasa bersatu-padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin sekian lama.
40. Untuk membanteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan mestilah
memperbesar pasukan anggota polis dengan menambahkan bilangan anggotanya.
41. Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-51 itu, pelbagai acara telah dirancangkan
termasuk acara boria yang akan dipersembahkan oleh peserta dari negeri Pulau Pinang.
42. Semua agensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalankan kajian bagi mencari punca
sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari yang lalu.
43. Kerajaan menggubal sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara dengan
mengambil kira masa depan sektor pertanian supaya sektor berkenaan dapat diurus dengan
lebih efisien.
44. Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesen bas ekspres telah diperkenalkan bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan di negara kita.
45. Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahi ibu kita
dengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesarkan kita sehingga
dewasa.
46. Kementerian Pelajaran mendapati bahawa pelaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam
mata pelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang
timbul.
47. Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemukan pusara lama berusia 3000 tahun
di pinggir sungai itu telah merebak ke seluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan