Assalamualaikum dan salam Jumaat
Dengan sukanya, aku nak tulis jurnal tertunggak iaitu jurnal 3 Februari 2017.
Wah, nampak gayanya macam boleh buat siri 'jurnal tertunggak'.
Stres. Aku ingat lagi hari itu aku stres. Stres yang tidak disukai tetapi aku yang undangnya. Aku sangat tertekan pada hari itu. Aku menyesal aku membuat perkara yang mengundang ia walhal aku tak suka akannya. Ironi kan? Salah aku, yang kurang bijak pergi buat apahal? Aku nak merungut lebih-lebih pun tak boleh.
Sebab kau dapat apa yang kau usahakan.
Dan aku tak usaha. Maka, aku dapat balasan buruk. Dalam entri sebelum ini, aku pernah bercerita tentang ketenangan. Aku cemburu tahap gaban terhadap orang yang memperoleh ketenangan ini. Lebih-lebih lagi apabila punca ketidaktenangan aku adalah disebabkan sikap aku sendiri.
Pada masa itu, aku berulang kali menyebut 'Padan muka kau Fariha'. Aku pantang bila orang tiru kerja sekolah aku. Ye la, aku mengisi masa lapang dengan menyiapkan tugasan. Kalau aku tak tahu, aku rujuk buku, internet, kawan dan sebagainya. Proses ni ambil masa yang panjang, kau tahu. Aku tak suka bila orang lain menyiapkan sesuatu tugasan dengan kerja aku sebagai panduan semata-mata. Woi, tu copy paste namanya. Kalau ada kefahaman, tu bonus. Tapi, dasarnya memang copy paste.
Nampak tak betapa aku benci perbuatan ini? Jadi, apabila AKU SENDIRI yang melakukannya, aku rasa sangat bersalah dan mengkritik diri sendiri. Hoi Fariha! Cakap tak serupa bikin! (haaa gitu)
Apa yang aku nak cakapkan ialah, aku tak suka meniru kerja orang lain. Meniru tu merupakan pilihan terakhir aku. Jadi, nak tak nak, aku tetap perlu siapkan tugasan.
Ini semua rancangan Allah. Takdir aku untuk mempunyai 'plot twist' hari Jumaat tu. Aku tak siap tugasan yang perlu dihantar hari itu tetapi aku tidak risau pada mulanya kerana aku mengikuti sebuah program di luar sekolah. Tengok-tengok, program itu dibatalkan. Tak ke cuak?
Satu benda yang aku dapat jadikan sebagai pengajaran. bersyukurlah selagi Allah kurniakan kau ketenangan. Dia boleh je ambil bila-bila masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan