Jawapan Latihan Peribahasa
Latihan 1
- bagaikan kera mendapat bunga - Memberikan sesuatu kepada orang yang tidak tahu menggunakannya - Adik bagaikan kera mendapat bunga apabila dihadiahkan sebuah kalkulator.
- kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit - Seorang yang melakukan kesalahan, semuanya terlibat sama - Satu kelas dihukum apabila Amir lewat ke kelas kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.
- burung terbang dipipiskan lada - Belum tentu lagi diperoleh sesuatu, sudah direka-reka akan gunanya - Pak Samad seperti burung terbang dipipiskan lada menunggu hasil tanamannya pada hujung bulan ini.
- menegakkan benang yang basah - Cuba menegakkan sesuatu yang mustahil. Cuba mempertahankan hal yang tidak benar - Penjenayah itu cuba menegakkan benang yang basah di muka keadilan.
- bagaikan telur dihujung tanduk - Keadaan yang sangat genting, menunggu masa untuk musnah - Puan Aminah bagaikan telur dihujung tanduk kerana beliau boleh dipecat pada bila-bila masa sahaja.
- ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya - Tidak hilang darjat atau pangkat seseorang apabila merendah diri - Kejadian ulama Mesir mencuci tandas sangat mengharukan bak kata pepatah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
- bagaikan tikus jatuh di kepuk - Mendapat keuntungan yang banyak secara tiba-tiba - Mei Mei bagaikan tikus jatuh di kepuk setelah berkahwin dengan anak jutawan tersebut,
- matinya semut kerana gula - Mendapat kesusahan kerana tamak harta - Datuk Yasser diberkas oleh pihak polis setelah kegiatan rasuahnya terbongkar bak kata pepatah matinya semut kerana gula.
- air dicincang tidak akan putus - Pergaduhan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan - Ali dan Aliah berbaik semula setelah tidak saling bercakap selama sehari kerana air dicincang tidak akan putus.
- bagaikan embun di hujung rumput - Kasih sayang tidak akan berkekalan - Cinta Encik Abdullah kepada isterinya bagaikan embun di hujung rumput kerana tidak sampai lima tahun perkahwinan, mereka sudah bercerai.
Latihan 2
- seperti mendukung biawak hidup - Pekerjaan mengelap tingkap pencakar langit seperti mendukung biawak hidup- Membuat pekerjaan yang sukar dan berbahaya
- sudah jatuh ditimpa tangga - Ahmad bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila syarikatnya muflis setelah kehilangan ibunya- Kesusahan yang bertimpa-timpa
- kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan - Sikap Fatimah bagaikan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan kerana membeli cenderamat untuk rakan-rakannya tetapi tidak untuk ibunya. - Mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri
- ditelan mati emak, dibuang mati bapak - Athirah seperti ditelan mati emak, dibuang mati bapak apabila perlu memilih sama ada untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupunya atau rakannya. - Dalam keadaan serba salah
- kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah - Calon pilihanraya itu beramah mesra untuk meraih undian kerana kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah - Berbuat baik kerana suatu sebab yang tersembunyi
- bagaikan anjing dengan bayang-bayang - Jangan terlalu boros membeli belah bagaikan anjing dengan bayang-bayang - Orang yang tamak akan rugi
- sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina - Banafsya tahu tujuan Eileen memberikannya hadiah kerana sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina. - Telah tahu keadaan yang sebenar walaupun hanya melihat pada luaran sahaja
- genggam bara api biar sampai menjadi arang - Ayah cuba membina reban ayam bak kata pepatah genggam bara api biar sampai menjadi arang. - Membuat kerja dengan bersungguh-sungguh sehingga membuahkan hasil
- bagai mencurah air ke daun keladi - Nasihat emak bagai mencurah air ke daun keladi kerana ayah masih tetap merokok. - Melakukan sesuatu yang sia-sia
- kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak - Sifat Farhan yang kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak menyakitkan hati orang ramai. - Kesalahan orang lain nampak, kesalahan diri sendiri tidak nampak
Latihan 3
- Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi - Warga asing di Kuala Lumpur bagaikan lalat mengharung najis untuk mencari sesuap nasi. - Di mana ada punca rezeki, di situlah orang akan berkumpul
- Seperti cendawan tumbuh selepas hujan - Kuching semakin membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan setelah tampuk pentadbiran bertukar tangan. - Pembangunan yang tumbuh dengan pesat
- sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain - Pelajar yang mengalami masalah pembelajaran itu tetap gigih menuntut ilmu kerana ehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain. - Usaha yang berterusan membuahkan hasil
- seperti pelanduk dua serupa - Walaupun tiada pertalian darah, Fatiha dan Syahirah seperti pelanduk dua serupa. - Mempunyai wajah yang serupa
- melentur buluh biarlah dari rebungnya - Sikap cintakan ilmu perlulah ditanam dalam hati kanak-kanak kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. - Mendidik anak sejak kecil
- seperti ular kena palu - Saya panas hati melihat barisan untuk membeli nasi lemak seperti ular kena palu - Barisan yang bengkang-bengkok-
- mati semut kerana gula - Datuk Yasser diberkas oleh pihak polis setelah kegiatan rasuahnya terbongkar bak kata pepatah matinya semut kerana gula. - Mendapat kesusahan kerana tamak harta
- bagai mendapat durian runtuh - Azmir bagai mendapat durian runtuh setelah memenangi cabutan bertuah di pertandingan itu. - Mendapat keuntungan yang banyak
- umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain - Fariha dan Izzati umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain kerana mereka memilih kerjaya yang bertentangan. - Dua orang yang rapat tetapi mempunyai cita-cita yang berbeza
- mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan - Janganlah kita mudah percaya dengan khabar angin yang tidak pasti bak kata pepatah mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan. - Membuang/meninggalkan perkara yang sudah ada setelah mengetahui keuntungan yang tidak pasti
Latihan 4
- Ada udang di sebalik batu
- Biduk berlalu kiambang bertaut
- Bagai itik pulang petang
- Meriam buluh
- Mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang tidak boleh ditutup
- Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
- Belakang parang kalau diasah nescaya tajam
- Kalau kail panjang sejengkal, laut usah diduga
- Bagai ikan pulang ke lubuk
- Bagai mencurah air ke daun keladi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan