Assalamualaikum dan salam 8 Februari
(...)
Kesedihan, ia hadir pabila kau membuat suatu kesalahan. Kesedihan yang berasal daripada kekecewaan. Kecewa dengan diri sendiri, kerana mengundang tetamu yang tidak disukai. Aku kecewa dengan diri kerana membiarkan sesuatu perkara berlaku. Padahal, sudah sekian lamanya aku mempersiapkan diri untuk menghadapi saat-saat dugaan. Benarlah, lain pula jadinya apabila situasi itu benar-benar berlaku.
Salah satu prinsip aku ialah bercakap dengan tujuan. Tak spesifik pun tidak mengapa, asalkan bercakap dengan sesuatu tujuan. Sudah lama aku perasan dengan satu ciri diri aku ni iaitu aku tak gemar dengan perbualan remeh-temeh. Jikalau aku berbual mengenainya, samada aku mengabaikan prinsip aku atau aku ingin melunaskan sesuatu tujuan.
Salah satu prinsip aku ialah bercakap dengan tujuan. Tak spesifik pun tidak mengapa, asalkan bercakap dengan sesuatu tujuan. Sudah lama aku perasan dengan satu ciri diri aku ni iaitu aku tak gemar dengan perbualan remeh-temeh. Jikalau aku berbual mengenainya, samada aku mengabaikan prinsip aku atau aku ingin melunaskan sesuatu tujuan.
Pada malam itu, aku mengabaikannya dek terperangkap dengan situasi dan kata-kata orang. Mereka menolakku, untuk berkata hal yang aku tidak berniat pun untuk mengutarakannya. Hasilnya, percakapan aku berterabur. Kedengaran panjang tetapi jika diteliti, kurang inputnya. (Sekali lagi, aku menggunakan Google Translate) Aku akan membenci si pencakap iaitu aku, jika aku menjadi pendengar. Hampir 30 minit kau tahu, aku mengambil masa mereka. Aku kecewa kerana jikalaulah aku bukan aku, aku akan memandang remeh terhadap aku.
Aku tidak kisah tidak disukai kerana mengutarakan perkara yang aku fikir benar. Malam itu, aku membuat suatu kesalahan. Aku tahu aku salah dan aku menyesal akannya. Bukanlah salah mereka sepenuhnya. Salah aku juga kerana membiarkannya. Kau tahu, aku percaya manusia sentiasa ada pilihan. Samada membiarkan perkara negatif mempengaruhi diri atau tidak. Samada ditindas atau tidak. Samada berjaya atau tidak.
Jika kau sudah berusaha seupayanya, barulah kau boleh mengangkat kesalahan itu daripada bahu kau.Namun begitu, Alhamdulillah, Allah tak tarik nikmat yang lain. Nikmat yang terlalu banyak. Yang menolak aku untuk terus rasa bersyukur.
Janganlah berkata sesuatu yang diri sendiri tidak maksudkannya. Kata-kata itu doa.Aku cuba untuk menepati ayat di atas. Dalam kebanyakan perbualan seharian, aku elakkan berkata sesuatu yang aku tak maksudkan, kerana aku percaya apa yang kau katakan, itulah yang akan terjadi. In shaa allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan