(...)
13 Februari, cantik nombor tu. Pernah sekali guruku bertanya akan nombor kesukaan kami dan apabila tiba giliranku, aku menjawab 713. Hahahaha - ini reaksi orang lain. Bagi aku, taklah lucu sangat pun.
Tanggungjawab. Amanah. Tugasan. Berat weh semua ni, bagi aku la,,, kadang-kadang. Kerja sekolah, kerja benda lain, semua yang kau boleh fikirkanlah -> semua ini tanggungjawab. Memang manusia lahir dengan kasih sayang (mengikut lagu sekolah aku), manusia juga lahir dengan tanggungjawab. Pernah belajar subjek Akhlak tak? Aku belajar subjek ni kat sekolah rendah agama. Tanggungjawab sebagai anak, hamba Allah, khalifah, kawan dan bermacam lagilah. Banyak tu nak buat. Tapi nak buat macam mana, kalau tak ada tanggungjawab, maka bagi aku, kau bukan manusia.
Ucapan tahniah dan takziah diucapkan kepada aku setelah menjawat jawatan tinggi dalam MTP. MTP tu Majlis Perwakilan Pelajar. Ucapan itu benar-benar melempang aku untuk berpijak pada dunia realiti. Ada amanah yang besar diberikan kepada aku. Sebab itulah, aku perlu mencari dan membetulkan fikiran aku terlebih dahulu. Setelah itu, barulah aku boleh menyelaraskan tindakan berdasarkan fikiran.
Macam mana kita tentukan sesuatu itu betul atau salah?
Aku sangat bersyukur dilahirkan dalam keluarga Islam. Setidaknya aku tahu bahawa ajaran Islam, Allah dan Nabi Muhammad SAW menjadi prioriti dalam ketentuan 'benar atau tidak' dalam hidup aku. Ia juga menjadi panduan dalam mencipta prinsip hidup. Memang tak boleh dinafikan lagilah, benda-benda ni lah yang benar lagi sahih.
Selain daripada itu, aku tak dapat tentukan. Konflik dalam diri. Nasib baik Islam ni merangkumi seluruh perbuatan manusia, bukan setakat ibadah sahaja. Amanah, tugasan. Benda ni mengeluarkan aku daripada zon selesa aku. Baguslah, boleh la aku memperluaskan lagi zon tu. Masa untuk menakluk 'daerah-daerah' lain, Fariha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan