Rabu, 8 Februari 2017

Motivasi

Assalamualaikum dan salam 2 Februari
(Jurnal tertunggak lagi...)

Hari ni ada Sejarah, subjek kegemaran aku. Untuk pengetahuan, kami kena buat sebuah folio kerjaya dan aku memilih ahli sejarah atau 'historian'. Rasa agak eksklusif dan gempak sebab tak silap aku, tak pernah lagi pelajar yang memilih ahli sejarah untuk diceritakan dalam folio kerjaya tu. Tetapi, perasaan itu sekejap sahaja. Aku fikir, kenapa tiada orang lain sebelum ini? Adakah kerjaya yang aku kagumi ini tak mempunyai realiti yang gah seperti yang aku harapkan? Pernah seseorang berkata kepadaku (orang dewasa dan mempunyai pekerjaan menarik pelajar ke universiti mereka, kau dapat bayangkan tak apa yang aku cakap ni?)
Dik, tak payah ambil bidang sejarah la dik. Zaman sekarang ni bukan pasal minat lagi dah. Kalau minat tapi tak ada gaji yang lumayan, camne nak 'survive'? Adik minat, minat juga. Tapi kita kena berpijak pada dunia nyata. Malaysia tak ada banyak peluang untuk kerja bidang macam ini.
Aku dan kawan aku jadi macam -......- Akak, pada hemat saya, akak tak sepatutnya berkata sedemikian. Tak semena-mena cita-cita saya goyah. Tahu tak apa perasaannya bila kita perasan yang kita mula rasa ragu-ragu dengan apa yang dipegang sebelum ni? Lebih senang kalau kau bayangkan dengan kegoyahan rukun iman. Ia rasa teruk. Pertama, sebab DIRI SENDIRI mula memikirkan kemungkinan apa yang dipegang ialah sesuatu perkara yang salah. Kedua, kau tak tahu apa yang hendak difikirkan.

Sampai sekarang, dari skala 1 hingga 9, aku masih tidak dapat menentukan 'ke-betul-an' tindakan akak itu untuk bercakap sedemikian rupa. Bagus juga dia kata sebegitu, serba-sedikit mengingatkan aku untuk berpijak pada dunia nyata dan mencari pekerjaan dalam bidang ini dengan lebih teliti. Dia juga memberi motivasi kepadaku untuk membuktikan. Membuktikan apa? Entah, aku pun tak pasti apa yang aku hendak sangkal pada percakapannya itu.

Perkara ini mengingatkan aku kepada suatu peristiwa. Ketika itu, seorang guru lelaki tambahan datang ke sekolah rendahku. Beliau masih muda lagi dan bolehlah dikatakan ada wawasan. Satu soalan beliau,
Siapa kat sini nak jadi saintis?
Maka, aku dan seorang lagi rakanku mengangkat tangan. Kami berdua sahaja meletakkan saintis sebagai cita-cita di dalam kelas itu. Kelas pun diteruskan dengan 'pendedahan' beliau terhadap apa yang diperlukan bagi merealisasikan impian itu.
Yang nak jadi saintis ni, kena belajar elok-elok. Belajar betul-betul dari sekarang, kalau betul nak jadi. Jadi saintis ni susah sikit. Kalau keputusan sekarang pun tak cantik, macam mana nak belajar nanti?
Haa gitulah apa yang aku ingat. Mungkin ada tokok tambah sikit haha. Apa-apa pun tu lah 'point' yang beliau cakap.

Benda sebegini memberi aku motivasi. Aku nak tunjukkan yang aku boleh. Yang ada seseorang boleh buat perkara sekian sekian.

Tapi benda ni pun tak bagus sangat sebenarnya. Ia mensasarkan aku daripada niat aku yang sebenar. Niat awalnya kerana Allah (cehwah), sebab aku suka belajar, sebab aku nak tahu. Tapi bila menghadapi perkara macam ni, niat belajar sudah tukar menjadi mencari pengiktirafan manusia @ memuaskan hati manusia. Haihhh,,, kalau niat yang macam ni, 'confirm' bila tak dapat laksanakan, akan rasa kecewa teramat sangat. Sebab tak dapat pengiktirafan manusia.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan