Ahad, 26 Februari 2017

Latihan Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

Assalamualaikum dan salam sukantara

Jawapan Latihan Cakap Ajuk dan Cakap Pindah


  1. Salleh bertanya kepada Ani akan rancangannya untuk mendaki gunung yang pernah Ani beritahunya tempoh hari. Ani menjelaskan bahawa ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. Salleh pun membalas dengan bersetuju serta menyokong rancangannya itu. Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.
  2. Ani mengatakan kepada Tuk Yahya bahawa dia tinggal sebatang kara. Tuk Yahya melarang Ani untuk tinggal di rumahnya lagi kerana ia berbahaya. Ani berulang kali menyebut yang dia keseorangan. Setelah itu, barulah dia menjelaskan bahawa atuknya sudah meninggal dunia akibat rumahnya yang telah dibom. Ani juga menyatakan hasrat untuk tidak lagi tinggal di rumah itu. Tuk Yahya memujuknya dengan mengatakan bahawa Ani masih mempunyai Tuk Yahya dan Comot sebagai peneman.
  3. Nizam bertanyakan Salim sebab mukanya yang murung. Salim memberitahu bahawa Cikgu Khairul bertanyakannya tentang yuran peperiksaan yang masih belum dibayar pada pagi tadi. Nizam pun bertanya dengan perasaan hairan akan duit biasiswa yang telah diterima oleh Salim. Salim lalu menjelaskan bahawa duit biasiswa itu dia gunakan untuk perbelanjaan rawatan abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini. Nizam mencadangkan supaya Salim bertemu dengan Cikgu Khairul dan menjelaskan perkara yang sebenarnya. Salim berasa ragu-ragu dan risau disebabkan perwatakan Cikgu Khairul yang sangat garang.
  4. Mawi berasa kagum dengan keenakan mi yang dimakannya lalu menanyakan nama mi tersebut kepada Felix. Felix menjawab mi pedas. Mawi yang bersetuju dengan rasanya yang pedas, bertanya lagi sekali akan namanya. Felix menegaskan lagi bahawa namanya ialah Mi Pedas dengan menyebut sumbernya iaitu Si Dolah. Mawi lalu meneka tujuan Felix masuk ke kedai itu adalah untuk makan Mi Pedas. Felix pun mengiyakan tekaan Mawi dan menyatakan hasrat untuk membelanjanya kerana janji yang pernah dibuat.
  5. Norhayati bertanya Norasyikin akan sebab ketidakhadirannya ke sekolah semalam. Norasyikin lalu membalas dengan meminta maaf dan memberitahu bahawa dia memunyai urusan di rumah. Norhayati menggesa Norasyikin untuk menceritakan hal yang sebenarnya dan menyatakan kesanggupannya untuk tanggung kesusahan Norasyikin bersama-sama. Tambahnya lagi, dia dan Norasyikin sudah lama berkawan. Norasyikin pun menjelaskan yang ibunya sakit.

Latihan 1

Kamariah: Negara Malaysia kita ini memang mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Samad: Tambahan pula, pantai-pantai di Malaysia bersih dan hutan semula jadinya pula indah.
Aziz: Aneh apabila ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah, bukan? 
Kamariah: Ya, betul itu.
Samad: Saya rasa mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri.
Aziz: Benar itu. Saya pun berpendapat sedemikian.
Kamariah: Saya sarankan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka.
Samad: Bukan itu sahaja, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri.
Kamariah dan Aziz: Betul itu.

Latihan 2
Mak Limah: Ke mana abang nak keluar dalam keadaan tergesa-gesa tu?
Pak Usop: Abang hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Limah: Saya rasa lebih baik abang makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja. Saya takut abang kelaparan pula.
Pak Usop:  Limah, saya nak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu.
Mak Limah: Bagaimana abang hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya berhenti kerja?
Pak Usop: Saya fikir hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.
         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan