Assalamualaikum dan salam 1 Februari
(Ni jurnal tertunggak untuk 1 Februari)
Akhirnya, aku tiba di Pusat PERMATApintar UKM. Sebuah tempat yang akan aku tinggalkan dalam beberapa bulan lagi, kurang dari setahun. Tahun ini merupakan tahun keempat aku menuntut ilmu di sini. Aku dan rakan-rakanku merupakan 'batch' keempat masuk ke sini dan juga merupakan 'batch' pertama yang masuk sebagai pelajar Asas Satu (kira macam Tingkatan Satu la). Masuk sebagai pelajar yang comel-comel (cehwah), kecil-kecil lagi ataupun lebih senang adik-adik, serba-sedikit menjadi faktor untuk pelajar Tahap Dua ketika itu melayani kami dengan begitu baik sekali. Malah, jumlah kami tidak ramai, hanya 44 orang sahaja. Jadi, lebih senang dikendalikan.
Tahap Dua 2014 dikenali juga sebagai Prodigy. Mungkin tidak bagi yang lain, tetapi bagiku, aku sangat suka akan mereka. Mungkin kerana mereka adalah senior pertama aku atau mungkin juga kerana mereka bersikap matang. Jumlah pelajar tidak ramai ketika itu, aku dapat rasakan bahawa sekolah ini benar-benar eksklusif.
Tetapi, itu tidaklah bermakna aku seharusnya tidak mengalu-alukan kedatangan pelajar yang lebih ramai. Bukankah pendidikan yang baik perlu dikongsi bersama mereka yang layak mendapatkannya? Mungkin juga kau, pelajar lama tidak layak berada di Permata. Apa yang aku nak katakan, janganlah membenci mereka hanya kerana mereka masuk lebih lambat daripada kau. Kau tak usaha pun wei untuk lahir lebih awal dan masuk ke sekolah ni lebih awal. Kau tak buat apa-apa pun untuknya. Ini takdir. Boleh je perkara yang sebaliknya berlaku.
Sepatutnya aku 'graduate' pada tahun hadapan. Namun, segalanya merupakan rancangan Allah. Tempoh aku untuk belajar di sini dipendekkan ke empat tahun. Aku masih ingat lagi, bersama senior-senior Tahap Dua yang berubah saban tahun. Kami panggil ia sebagai 'pemerintahan'. Kini, giliran aku dan rakan-rakan aku untuk 'memerintah' Permata.
Permata yang dulu bukanlah yang sekarang. Aku tak pasti samada perubahan suatu benda yang baik atau buruk. Agaknya perlu tunggu beberapa tahun lagi untuk memastikannya. Aku suka yang sekarang kerana ia lebih sistematik. Kau tak boleh mengharapkan 'disiplin' datang secara sukarela daripada para pelajar. Tak semua pelajar begitu. Walau sepandai mana seseorang tu, dia masih dibesarkan dalam keluarga biasa di negara Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan