Rabu, 1 Februari 2017

Latihan Tatabahasa

Assalamualaikum dan salam Februari.

Aku telah diberi tugasan bagi mengukuhkan Bahasa Melayu aku. Yalah, nama je orang Melayu tapi bahasa tunggang-langgang. Bahasa Melayu ialah bahasa ibunda dan negara aku. Walau kau orang bangsa lain sekalipun, ia hanya bermakna bahasa ibunda kau bukan Bahasa Melayu, Namun begitu, rakyat Malaysia tetap disatukan dengan satu bahasa negara iaitu Bahasa Melayu. 

  • Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
  • Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas. 
  • Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif. 
  • Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang. 
  • Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas. 
  • Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas
1) Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.
  • Frasa Nama + Frasa Kerja
  • Subjek:  Vincent Chong, Predikat: menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.
  • Zalipah dihadiahi Vincent Chong sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.
  • Bersempena dengan hari jadinya yang ke-14, Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebuah novel.
  • Yang
  • Dengan
2) Guru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.
  • Frasa Nama + Frasa Kerja
  • Subjek: Guru, Predikat: mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.
  • Murid-murid di dalam kelas itu diajar oleh guru subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.
  • Agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun, guru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan.
  • Agar
  • Di
3) Abang saya yang sulung memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.
  • Frasa Nama + Frasa Kerja
  • Subjek: Abang saya yang sulung, Predikat: memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.
  • Ayah diberi wang oleh abang saya yang sulung untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.
  • Memberi ayah wang, abang saya yang sulung, untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.
  • Yang
  • Untuk
4) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara.
  • Frasa Nama + Frasa Kerja
  • Subjek: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Predikat: menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara.
  • Mantan Perdana Menteri itu dianugerahi oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bintang kehormatan di Istana Negara.
  • Menganugerahi mantan Perdana Menteri itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bintang kehormatan di Istana Negara.
  • Senaraikan satu kata nama khas yang terdapat dalam ayat di atas.
  • Perdana Menteri 
  •  Senaraikan satu bahasa istana yang terdapat dalam ayat di atas.
  • Menganugerahi
5) Cik Yong suka membaca buku cerita pada masa lapang manakala Cik Susan suka menanam pokok bunga pada hujung minggu.
  • Frasa Nama + Frasa Kerja
  • Subjek: Cik Yong, Predikat: suka membaca buku cerita pada masa lapang manakala Cik Susan suka menanam pokok bunga pada hujung minggu.
  • Buku cerita suka dibaca oleh Cik Yong pada masa lapang manakala pokok bunga suka ditanam oleh Cik Susan pada hujung minggu.
  • Pada masa lapang, Cik Yong suka membaca buku cerita manakala Cik Susan suka menanam pokok bunga pada hujung minggu.
  • Manakala
  • Senaraikan satu kata majmuk yang terdapat dalam ayat di atas.
  • Buku cerita
6) Biduanita yang bersuara merdu itu telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.
  • Frasa Nama + Frasa Kerja
  • Subjek: Biduanita yang bersuara merdu itu, Predikat: telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.
  • Nafas terakhir telah dihembuskan oleh biduanita yang bersuara merdu itu di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.
  • Pada malam Jumaat yang tenang, biduanita yang bersuara merdu itu telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya.
  • Di
  • Biduanita
7) Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Frasa Nama + Frasa Kerja
  • Subjek: Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning, Predikat: hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Hanya tempat ketiga diraih oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Hanya meraih tempat ketiga  dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia  Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning.
  • Yang
  • Senaraikan satu kata bilangan yang terdapat dalam ayat di atas.
  • Ketiga
8) Pada minggu lalu, lembu yang menanduk kereta ayah saya itu menanduk kereta Ahmad pula.
  • Frasa Nama + Frasa Kerja
  • Subjek:  lembu yang menanduk kereta ayah saya itu, Predikat: menanduk kereta Ahmad pula pada minggu lalu.
  • Kereta Ahmad pula ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta ayah saya pada minggu lalu.
  • Tukarkan ayat bersusunan songsang di atas kepada ayat bersusunan biasa.
  • Lembu yang menanduk kereta ayah saya itu menanduk kereta Ahmad pula pada minggu lalu.
  • Yang
  • Lembu
9) Bahawa ujian bulan Januari akan bermula pada pukul 10 pagi diterangkan oleh guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah Shaerra.
  • Frasa Nama + Frasa Kerja
  • Subjek: Bahawa ujian bulan Januari, Predikat: akan bermula pada pukul 10 pagi diterangkan oleh guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah Shaerra.
  • Tukarkan ayat pasif di atas kepada ayat aktif.
  • Guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah Shaerra menerangkan bahawa ujian bulan Januari akan bermula pada pukul 10 pagi.
  • Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas. 
  • Oleh
  • Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas. 
  • Bahawa
  • Senaraikan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat di atas. 
  • Ujian

10) Sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian, Alilah Sherry tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya.
  • Frasa Nama + Frasa Kerja
  • Subjek: Alilah Sherry, Predikat: tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.
  • Majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya tetap dihadiri oleh Alilah Sherry sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.
  • Alilah Sherry tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.
  • Yang
  • Dianjurkan

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan