Apa itu jurnal? Jurnal menurut Wikipedia (haha) ialah buku catatan harian tentang peristiwa atau perniagaan. Lebih kurang diarilah. Aku rasa macam nak buat ayat berbunga-bunga sikit petang ni. Ikut piawaian atau 'standard' aku la. Kalau kalian nak fikir negatif, lantak mu ah.
Dahulu, aku sangat, terlalu memikirkan persepsi orang terhadap aku. Oleh yang sedemikian, aku sering berasa tertekan untuk memenuhi jangkaan orang ramai. Namun, kini aku sudah sedar (aku maksudkannya, SEDAR) bahawa diri sendirilah yang menentukan kegembiraan diri. Jika dunia atau situasi atau manusia memberi kau perkara negatif dan dugaan, engkau jualah yang menentukan cara kau menghadapinya. Samada dengan gembira atau tidak.
Jujur aku katakan yang aku sangat bersyukur dinamakan Fariha. Setiap kali orang memanggil atau menyebut namaku, dia mendoakan ku kegembiraan. Aku ada banyak sisi atau 'sides'. Kebanyakkannya disebabkan aku 'merancang' personalitiku sendiri. Stress tahu tak. Tapi... kecenderungan aku yang satu itulah yang menyelamatkan ku pada kebanyakkan masa. Menyelamatkan ku daripada perkara-perkara kurang elok, menyelamatkan ku daripada dipandang serong dan dipandang rendah. Ah, aku terlalu fikirkan apa yang bermain dalam fikiran orang lain. Kini, aku cuba tidak terlalu banyak berfikir dan akhirnya berasa tenang. Dengan mengingati Allah jua lah, kita akan memperoleh ketenangan.
Jangan terlalu banyak berfikir. Sebaliknya banyakkan beristighfar. Allah membuka banyak pintu (penyelesaian) dengan istighfar. Tidak dibukakan dengan berfikir.Walaupun aku tidak berapa setuju dengan ayat di atas, ayat ini tetap menolong aku. Tika aku asyik dengan hal duniawi, aku patut pulang dan mengikut jalan ke Yang Maha Berkehendak.
Kau senyum kerana kau gembira
Kau juga senyum untuk gembira
Ah, aku tertekan sekarang. Ada perkara yang serba kekurangan (memang ya pun hahaha). Aku tidak suka apabila sesuatu itu kurang disebabkan aku walhal ia boleh menjadi baik TANPA kekurangan aku. Ah, 16 tahun hidup ada satu perkara yang membuatkan aku menyesal. Sampai sekarang aku bertangguh untuk memperbaikinya.
Ah, aku menyesal berkata sedemikian. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Aku patut cakap perkara yang perlu sahaja. Jangan banyak sangat bercakap perkara sia-sia, wahai rakan-rakanku.
Aku tahu... aku perlu berubah.
Aku tahu... aku patut mulakannya sekarang.
Aku tahu... aku mengabaikan dua ayat di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan